30 November 2009

Berfikir Mempertajamkan Persepsi Akal

BERFIKIR adalah aktiviti akal yang berlaku secara teratur dan sistematik. Proses berfikir mengungkap maklumat, data, pengetahuan, ilmu dan mencetuskan pemikiran. Berfikir juga mempertajam persepsi akal daripada apa yang dilihat, dikaji, dialami dan juga dihayati.

Ada orang berfikir kerana berfikir itu suatu rutin. Dalam tradisi Islam ada sebab mengapa seseorang itu berfikir. Dia tidak saja berfikir kerana maksud berfikir tetapi berfikir membimbingnya kepada kebenaran. Asas inilah yang menjadikan persepsi akal menjadi lebih bermakna.

Persepsi akal yang hanya bergantung kepada andaian tidak cukup untuk mendapatkan jawapan yang benar. Sesuatu yang sifatnya zahir belum cukup untuk memberikan gambaran yang tepat mengenai sesuatu. Ada faktor batin yang perlu diambil kira supaya persepsi mengenai perlakuan manusia dapat difahami dengan baik.

Dalam hidup remaja banyak terdapat persepsi yang akhirnya membawa kepada ilusi atau kecelaruan. Persepsi remaja tentang hidup muda mudah terpengaruh dengan ukuran yang sifatnya nafsu-nafsi. Sesetengah mengatakan bahawa muda hanya sekali. Lalu mereka menghabiskan usia hidupnya melalui jalan berpoya-poya. Persepsi remaja tentang hiburan melihat sesuatu yang popular dan kontemporari sebagai landasan bernilai. Lalu nilai-nilai hiburan yang dilandasi oleh nilai dan etika murni dianggap ketinggalan zaman.

Persepsi remaja tentang kemajuan sering mengambil Barat sebagai ukurannya. Lalu apa saja yang datang dari Barat menimbulkan persepsi maju dan berubah. Tradisi sendiri diremehkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak berdaya maju. Persepsi sesetengah remaja tentang dunia dilihat sebagai segala-gala. Makna kebahagiaan, keseronokan, ghairah hidup, keceriaan hanya sekali saja iaitu di dunia. Perspektif akhirat mungkin belum ada atau tidak ada pada persepsinya.

Mengapa sebahagian para remaja memiliki persepsi bahawa merokok adalah lambang kedewasaan? Mengapa di kalangan remaja yang terlibat dalam pergaulan yang lepas bebas menghubungkannya sebagai hak asasi? Mengapa para remaja yang terjebak dengan salahguna dadah merasakan bahawa pemikiran fantasinya diraikan, kelazatan terhadap sesuatu dirasakan tanpa memikirkan akibat perbuatan tersebut?

Ia menunjukkan dengan membina persepsi hasil rangsangan nafsu dan keinginan tidak memadai. Ia perlu diimbangi dengan asas ilmu yang menjadi sumber petunjuk supaya persepsi yang diperkukuhkan dengan ilmu dan kesedaran bakal membimbing remaja ke jalan yang benar.

Inilah asas yang ditawarkan oleh Islam kepada remaja dalam membina persepsi akal dan pemikiran. Islam mengemukakan pendekatan sebab-akibat dalam berfikir. Islam juga menganjurkan pendekatan mencegah dilihat sebagai sesuatu yang utama dari mengubati. Islam juga melihat bahawa akibat perbuatan dan tindakan manusia yang buruk ia memberi kesan kepada orang lain.

Oleh itu, persepsi akal remaja dalam proses berfikir mestilah;

Pertama, dipandu oleh ilmu yang benar yang bersandarkan nilai dan etika. Kedua, menjadikan faktor tersurat dan tersirat sebagai pedoman yang menjadikan persepsi sebagai asas kefahaman yang lebih tuntas. Ketiga, pengalaman remaja yang ada masih terbatas. Ia menuntut pengalaman berbanding yang diteropong dari sudut mata hati supaya ia terkandung saripati yang lebih bermakna. Keempat, persepsi awal dalam proses berfikir harus dilanjutkan dengan perasaan sangka baik, keikhlasan dan kejujuran untuk mencari kebenaran.

Asas-asas ini penting supaya persepsi remaja tentang sesuatu hasil adanya proses berfikir menjadi kukuh dan utuh supaya ia bakal menghasilkan idea yang bernas dan bermutu dan memberi kebaikan dalam kehidupan.

Hasilnya, para remaja akan memiliki disiplin berfikir yang baik dan menyebabkan natijah pemikirannya memberi manfaat kepada dirinya dan juga orang lain. Persepsi akliah yang dipedoman oleh sumber-sumber nakliah akan menjadi pemikiran remaja lebih mantap dan bertenaga.

Pedoman inilah yang perlu dicari oleh para remaja supaya remaja menginsafi bahawa lahirnya ke dunia bermaksud, kehidupannya berhala tuju, kerenah manusia didekati dengan sabar dan bijaksana. Akhirnya remaja akan terbimbing menjadi orang yang berguna dan kehadirannya menyumbang.

Dipetik daripada tulisan:Dr.Sidek Baba
Continue Reading...

29 November 2009

Ibu Bapa Perihatin Tentukan Hala Tuju Anak

HARAPAN menggunung sering diletakkan ke atas remaja supaya mereka menjadi pemuda pemudi yang dapat menerajui pucuk pimpinan dan mampu mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Namun begitu, pembabitan mereka dalam gejala sosial hari ini amat membimbangkan.

Selain faktor persekitaran, situasi kekeluargaan di rumah juga turut menyumbang kepada perlakuan jenayah di kalangan remaja. Sebagai contoh, remaja daripada keluarga yang miskin akan tertarik kepada benda yang mahal dan berjenama yang dimiliki oleh rakan mereka yang berkemampuan seperti telefon bimbit dan pakaian berjenama.

Mereka memahami bahawa mereka tidak mampu memiliki barang-barang itu. Dengan itu, mereka akan melakukan jenayah bagi mendapatkan barang terbabit sama ada dengan mencuri wang atau mencuri terus dari kedai atau pasar raya.

Remaja daripada keluarga porak-peranda terdorong melakukan jenayah. Ia mungkin didorong tabiat negatif yang dilakukan ibu bapa seperti minum arak, judi, penagihan dadah, mencuri dan seks bebas.

Kelakuan ibu bapa panas baran dan sering kali memukul anak juga akan menyebabkan remaja itu menjadi ganas dan lahirlah gejala seperti gangsterisme, buli dan sebagainya.

Pengawasan keluarga yang terlalu ketat juga boleh mengakibatkan remaja terjerumus dalam jenayah.

Dalam situasi ini, remaja cuba melepaskan dirinya daripada kongkongan itu dengan pelbagai cara termasuk bergaul bebas dengan rakan di luar sebagai menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap ibu bapa.

Bagi remaja, kebebasan diri amat penting kerana beranggapan diri mereka telah dewasa. Lebih teruk lagi, kegiatan anti sosial seperti perlanggaran undang-undang ditafsirkan sebagai suatu kegiatan yang memberi kepuasan dalam hidup mereka. Maka lahirlah aktiviti lumba haram atau lebih popular dengan istilah mat rempit.

Mendidik anak-anak terutama remaja di zaman ini sememangnya amat mencabar dan memerlukan ilmu keibubapaan yang tinggi bagi memastikan anak-anak terdidik dengan betul dan menjadi anak yang salih. Pada masa sama, remaja juga perlu menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran terkini serba canggih yang hanya boleh didapati di luar rumah.

Hakikatnya, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih apabila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika dia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng dia juga turut terpesong dan menyeleweng seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Muttafaqun 'Alaih)

Islam memandang berat urusan mendidik anak serta menggesa supaya mencari sebab, nilai serta persekitaran yang baik untuk menjamin terlaksananya tarbiah atau pendidikan yang baik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Seseorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak” (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

Walaupun mungkin terlewat bagi ibu bapa untuk menerapkan pendidikan yang sewajarnya untuk anak mereka sejak kecil lagi, masih ada masa untuk kembali memberi bimbingan sekalipun anak mereka melangkah ke usia remaja. Ini adalah melalui pendidikan yang dibentuk melalui semangat kekeluargaan yang dibentengi oleh syariat Islam. Antaranya adalah;

Tunjukkan contoh teladan baik.

Sebelum mengajak anak melakukan kebaikan, ibu bapa perlu terlebih dahulu mengenali sifat yang ada pada diri mereka. Ini bagi memastikan keperibadian ditunjukkan itu selari atau sejajar dengan pendidikan yang ingin diberikan.

Remaja tidak mempersoalkan segala suruhan dan nasihat ibu bapa andainya ibu bapa mereka juga berbuat demikian.

Remaja amat menghargai jika pandangan mereka turut didengari berbanding hanya mereka yang perlu mendengar pandangan ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia.”

Memperuntukkan masa berbual dan adakan perbincangan keluarga.

Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang secukupnya untuk berinteraksi sesama anggota keluarga. Kesibukan kerja atau tugas tidak seharusnya menjadi alasan bagi ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Bukankah anak-anak juga berhak untuk mendapat perhatian yang lebih dari ibu bapanya sendiri? Peluang sebegini dapat membuka ruang untuk saling mengenali tentang sikap masing-masing, mempererat hubungan serta dapat menjalinkan perasaan kasih sayang antara ibu bapa dan remaja.

Bersedia untuk mendengar.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Sikap sebegini akan menutup peluang remaja mendekati ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan sikap garang atau bengis yang pasti menimbulkan rasa takut dalam diri remaja.

Sebagai contoh, jika ada perkara yang dilakukan oleh remaja yang tidak disenangi ibu bapa, mereka perlu terlebih dahulu memberi peluang kepada remaja untuk memberi penjelasan apa yang mereka lakukan. Selanjutnya barulah memberikan nasihat dan tunjuk ajar secara lemah-lembut dan berhikmah.

Mengambil tahu masalah.

Sikap mengambil tahu masalah akan membuatkan anak remaja berasakan diri mereka sentiasa diambil berat oleh ibu bapa. Sikap sebegini juga akan dapat mengelakkan remaja daripada mengajukan masalah mereka kepada pihak lain seperti rakan, jiran dan sebagainya.

Menjelaskan sebab bagi setiap tindakan yang dibuat.

Remaja sentiasa ingin tahu mengenai apa berlaku di sekelilingnya. Ini termasuklah segala ucapan dan tindakan yang lahir dari ibu bapanya.

Segala suruhan dan larangan dari ibu bapa perlu disertakan dengan sebab dan alasan agar ianya boleh diterima baik oleh remaja. Walaupun pada hakikatnya segala suruhan dan larangan ibu bapa itu demi untuk kebaikan anak mereka, bagi remaja amat penting sebagai pengukuhan terhadap apa yang dikehendaki oleh ibu bapa terhadapnya.

Memberi peluang untuk membuat keputusan.

Dalam usaha ibu bapa memberi tunjuk ajar yang terbaik terhadap anak remaja mereka, satu perkara yang harus ditekankan ialah memberikan mereka ruang untuk membuat keputusan. Daripada sini, dapat melatih mereka supaya berdikari dan mampu mencorak sendiri masa depan yang ingin mereka capai tanpa mengetepikan bimbingan dan nasihat yang berterusan dari ibu bapa.

Lebih efektif, mereka perlu digalakkan menetapkan sendiri matlamat hidup ingin dicapai dan seterusnya menggariskan keutamaan serta menjadualkan waktu mereka untuk mencapai matlamat itu.

Menerapkan nilai keagamaan dan kerohanian di rumah.

Nilai keagamaan adalah perkara asas dalam kehidupan. Amalan seperti solat berjemaah, memberi salam, berdoa bersama-sama dan membaca al-Quran dapat membentuk sebuah keluarga yang salih dan diberkati Allah.

Walaupun sibuk mencari rezeki di luar, ibu bapa perlu memberi perhatian serius terhadap didikan agama kerana hanya dengan didikan agama dapat memelihara anak remaja mereka daripada terjerumus ke lembah jenayah dan maksiat. Ini seterusnya menjamin kesinambungan generasi yang berakhlak dan diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".

Dipetik daripada : Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

27 November 2009

EQ,IQ Perlu Seimbang

SAMA ada secara sedar atau tidak, hari ini ibu bapa terlalu menekankan pencapaian akademik berbanding kecerdasan emosi dan mental (EQ) anak-anak. Markah tinggi dan kedudukan nombor teratas di dalam kelas menjadi kebanggaan ibu bapa. Nombor corot pula dianggap bodoh dan tidak mempunyai masa depan.

Sayang sekali ramai ibu bapa tidak sedar atau tidak ingin tahu bahawa kecerdasan otak (IQ) bukan penjamin untuk membesarkan seorang anak sebagai insan luhur. Kebijaksanaan hati atau EQ jarang diambil kira sedangkan ia lebih penting untuk seseorang berjaya dalam apa juga bidang diceburi dan lebih stabil dari segi pemikiran serta tidak terlalu emosional dalam sebarang keadaan.

Kegagalan memupuk kebijaksanaan hati atau EQ terbukti apabila semakin ramai remaja mudah terpengaruh dan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral. Tidak kurang mereka yang berpendidikan tinggi tetapi terbabit dengan jenayah seperti pembunuhan, rogol, penagihan dadah dan sebagainya. Dalam bidang pekerjaan dan sosial pula, mereka tidak pandai mengawal emosi apabila berurusan dengan orang lain, tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi, gagal mempamer sikap terpuji dan kurang berbudi bahasa.

Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Pusat Psikologi Malaysia untuk Kanak-Kanak dan Remaja, K Vijayan berkata, tidak semua yang berkualiti berkaitan dengan IQ tetapi bagaimana seseorang itu dapat menggunakan boleh menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dan individu lain.

“Kajian demi kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkemahiran EQ lebih gembira, yakin dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ juga membantu kanak-kanak membesar dengan penuh rasa tanggung jawab, penyayang dan produktif. Bagaimanapun hari ini EQ semakin menurun manakala IQ lebih dipentingkan. Kita tidak mahu generasi masa depan seperti masyarakat di barat yang semakin hilai nilai diri akibat terlalu mementingkan IQ. IQ tinggi tetapi EQ yang rendah hanya akan mewujudkan insan yang tidak sempurna dan lebih bermasalah,” katanya.

Katanya EQ adalah cara baru yang harus digunakan untuk mendidik anak. EQ bukan pengukur berapa cerdik seorang kanak-kanak tetapi EQ adalah karektor personaliti atau watak. Kajian demi kajian menunjukkan kemahiran sosial dan emosi mungkin lebih kritikal berbanding pencapaian intelektual untuk berjaya dalam hidup.

“Tidak seperti IQ, EQ tidak boleh diajar tetapi boleh dibentuk. Ia bukan bakat, pencapaian atau personaliti hebat. EQ tidak boleh menggantikan IQ, bukan berkaitan agama atau budaya dan bukan gender. Tidak dinafikan dalam sesetengah hal, wanita memiliki EQ lebih tinggi berbanding lelaki.

“EQ rendah mungkin berpunca dari cara hidup apabila semakin ramai kanak-kanak membesar sendirian di rumah. Mereka di kunci di dalam rumah sehingga terdapat satu kes anak mati terbakar dalam rumah yang terbakar kerana tidak dapat melarikan diri. Dulu ada datuk dan nenek yang membantu menjaga mereka ketika ibu bapa keluar bekerja tetapi hari ini mereka perlu berdikari. Semua ini tanpa disedari menekan jiwa kanak-kanak dan membentuk insan yang tidak stabil dari segi emosi yang menghasilkan sikap ganas,” katanya.

Katanya, ibu bapa berperanan penting membentuk EQ. Ibu bapa yang bersikap terbuka, penyayang, sentiasa memberikan sokongan dan memiliki perhubungan positif dengan anak-anak boleh menjadi faktor kejayaan anak dan sifat kemanusiaannya.

“EQ terbahagi kepada emosi dari segi moral iaitu bersikap mengambil berat dan penyayang. Sikap ini menyebabkan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan kerana sikapnya itu, dia diterima oleh orang lain juga. Semua sikap ini penting sebagai persediaan untuk anak keluar bekerja dan lebih penting apabila mendirikan rumah tangga,” katanya.

Dalam mendidik sikap ini, kanak-kanak belajar berdasarkan pengalaman berbanding mendengar leteran atau syarahan. Bahasa dan logik penting untuk mendidik nilai ini, bagaimanapun perasaan maruah diri dan sikap menyayangi dan membantu orang lain adalah guru terbaik dalam membentuk peribadi anak.

“Jadikan diri anda sebagai ibu bapa sebagai contoh terbaik untuk anak. Misalnya tolong membukakan pintu untuk orang yang membawa barang yang banyak. Galakkan mereka menulis di dalam diari mengenai apa yang mereka lakukan agar mereka merasa diri mereka baik dan berguna. Anak juga perlu diajar agar lebih jujur sewaktu mereka masih kecil. Jadikan topik jujur dan etika dalam perbualan sejak dari kecil dan membaca buku, video atau permainan yang boleh menerap kualiti ini,” katanya.

Bagi menerap nilai kejujuran, elakkan hukuman apabila anak menipu. Pastikan kejujuran dilakukan kerana rasa hormat. Secara normal, berbanding kanak-kanak lebih dewasa (5 hingga 12 tahun) kanak-kanak berusia empat tahun tidak memahami makna menipu dan tidak sepatutnya mereka dihukum kerana melakukannya.

EQ turut merangkumi kemahiran berfikir yang boleh dibentuk dengan membaca buku cerita. Jangan sembunyikan kebenaran daripada anak-anak walaupun ia menyakitkan kerana anak belajar daripada anda mengenai pemikiran realistik.

“Kemahiran berfikir termasuk bersikap optimis bagi mengelak tekanan dan lain-lain kesihatan mental dan masalah fizikal. Optimis datang daripada pemikiran realistik serta peluang berjumpa dan menguasai cabaran. Kanak-kanak belajar lebih bersedia melalui pemerhatian pertuturan dan tindakan ibu bapa. Sikap kanak-kanak boleh diubah melalui cara mereka berfikir. Ajar anak untuk mengatasi masalah melalui proses ulangan untuk memastikan mereka menguasai teknik untuk tampil lebih ceria,” katanya.

Teknik penyelesaian masalah boleh dilatih dengan mencabar anak menyelesaikan masalah mereka sendiri berbanding meminta bantuan anda. Tunjukkan cara bagaimana anda menyelesaikan masalah anda sendiri. Pada usia empat tahun, anda boleh mengajar anak bahasa untuk menyelesaikan masalah bermula dengan permainan perkataan mudah yang akan secara langsung mengajar mereka menyelesaikan sesuatu situasi.

“Sebaik saja kanak-kanak ke sekolah, mereka akan belajar bagaimana menyelesaikan pelbagai situasi. Apabila usia mencecah lapan atau sembilan tahun, mereka mempunyai kapasiti untuk membezakan antara benar dan tidak serta pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Fokuskan jalan penyelesaian berbanding masalah yang dihadapi untuk memudahkan kanak-kanak mengatasi sebarang halangan. Sediakan satu cara kerja untuk anak menyelesaikan sesuatu masalah tetapi jangan campur tangan,” katanya.

Kemahiran bersosial termasuk kemahiran perbualan. Kemahiran berbual tidak sama dengan bercakap.

Kemahiran sosial boleh diajar bagi membantu kanak-kanak menyertai rakan lain secara individu dan kumpulan. Faktor humor adalah kemahiran sosial yang paling penting. Semua kanak-kanak menghargai humor untuk menjadikan mereka mudah berkawan dan memiliki sahabat.

“Anda perlu melatih anak menghadapi kegagalan dan menghargai usaha yang dilakukannya. Paling penting ialah mendidik anak mengawal rasa marah dan keganasan dengan mengajar mereka kemahiran bertimbang rasa. Komputer boleh membantu pelbagai kemahiran EQ melalui rangsangan emosi dan bahagian pemikiran pada otak. Tetapi ibu bapa perlu mengawal dan membantu anak apabila mereka menggunakan internet bagi mengelak masalah tidak diingini,” katanya.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

26 November 2009

Terapi Kesedihan Semulajadi

Apabila angin kurang baik, ada saja yang tidak kena. Perasaan tidak menentu, gelisah mahupun murung juga adakalanya tidak terkawal namun usah pula terburu-buru mengambil ubat-ubatan khususnya ubatan antikemurungan.

Kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat pada 2005 menunjukkan lebih ramai yang mengambil ubat antikemurungan berbanding ubat tekanan darah tinggi, asma dan kolesterol tinggi.

Tetapi ramai yang tidak perlukan ubat-ubatan terbabit kerana mereka sebenarnya hanya berasa sedih pada ketika itu saja.

Pakar sakit jiwa dan penulis buku Surviving Panic Disorder, Dr Stuat Shipko berpendapat ubat antikemurungan tidak seharusnya banyak diberikan kepada pesakit kerana ia boleh menyebabkan masalah sebenar seperti ketagihan, masalah seksual atau kedua-duanya.

Tanpa ubat-ubatan, ada pelbagai cara mudah untuk menukar angin yang kurang baik itu, sekali gus membangkitkan semangat serta meningkatkan kesihatan.

Gabungan beberapa kaedah berikut mungkin boleh diikuti untuk menyingkirkan segala perasaan tidak menentu dan meningkatkan semangat diri:

# Ketawa memang terapi yang baik. Kajian mendapati ketawa dan kegembiraan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh terutama dari segi pengeluaran sel pembunuh semula jadi yang membantu mempertahankan tubuh daripada penyakit.

Ketawa meningkatkan pembebasan endorfin iaitu sejenis bahan yang memberikan rasa kesejahteraan di dalam otak. Mereka yang gembira lazimnya menikmati kehidupan yang bukan saja menyihatkan, malah mungkin lebih lama.

# Sentuhan manusia antara lain boleh meningkatkan pengeluaran endorfin dan hormon pertumbuhan yang boleh mengurangkan kesan negatif akibat tekanan. Kajian mendapati pesakit yang sentiasa menerima sentuhan akan pulih lebih cepat berbanding mereka yang tidak disentuh. Berikan pelukan untuk yang tersayang kerana ia bukan saja boleh meningkatkan semangat dirinya, tetapi diri anda.

# Bernafas dengan betul memang penting untuk menyingkirkan toksin dan sisa dari dalam tubuh. Malah, dianggarkan manusia menyingkirkan hanya kira-kira 30 peratus toksin dalam tubuh menerusi usus dan pundi kencing, selebihnya menerusi pernafasan.

Bernafas juga satu cara yang baik untuk menenangkan minda, meningkatkan tenaga serta memperbaiki semangat diri. Cuba bernafas dengan perlahan, mendalam serta berirama setiap hari.

# Bau-bauan mempunyai kesan terhadap tubuh dan minda. Apabila saraf di dalam hidung dirangsang, ia akan merangsang suatu sistem di dalam otak yang dikaitkan dengan perasaan dan daya ingatan.

Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan daripada tumbuhan yang memiliki bau-bauan kuat.

Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur, eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan. Bauan seperti oren dan lavender juga membangkit semangat yang positif.

# Ada sebab bunga dijadikan bahan perantara untuk seseorang cepat sembuh. Bungaan yang berwarna-warni mempunyai pengaruh yang kuat bukan saja terhadap perasaan dan semangat seseorang, malah membantu melawan tekanan.

Satu kajian menunjukkan ketika tugasan menaip selama minit, mereka yang duduk bersebelahan jambangan bunga lebih relaks berbanding mereka yang duduk berhampiran tumbuhan yang hanya mempunyai daun.

# Makanan laut banyak mengandungi mengandungi dua jenis asid lemak omega-3 iaitu asid eicosapentaenoic (EPA) dan docosahexaenoic (DHA).

Dalam tubuh manusia, kadar DHA yang tinggi pula dikaitkan dengan peningkatan dopamin dan serotonin iaitu bahan kimia otak serupa yang dirangsang oleh ubat-ubatan antikemurungan.

Menurut Pemangku Ketua Kimia Saraf Pemakanan, Institut Penyalahgunaan Alkohol Amerika, Dr Joseph R Hibbeln, seseorang itu lebih terdedah kepada masalah murung, gelisah dan mudah marah apabila mereka kurang menikmati sajian berasaskan ikan.

# Susu baik untuk minda kerana ia kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino diperlukan untuk pengeluaran serotonin yang merangsang perasaan seseorang.

Bagaimanapun, tubuh tidak boleh menghasilkan tryptophan dengan sendirinya. Oleh itu, ia harus diperoleh daripada sumber lain seperti susu yang kaya dengan asid amino.

Selain susu, makanan lain seperti dadih, keju, telur, pisang dan kekacang juga membekalkan sumber bahan berkenaan.

# Tidur juga cara yang baik untuk melegakan tekanan, malah penyelidik mendapati mereka yang mengalami gangguan tidur mempunyai kecenderungan untuk mengalami kemurungan lima kali ganda berbanding mereka yang tidur lena.

# Kekurangan cahaya matahari boleh mengakibatkan kekurangan vitamin D manakala kajian menunjukkan tahap vitamin D berada pada kadar 14 peratus lebih rendah di kalangan mereka yang mengalami kemurungan.

# Mendengar muzik juga antara terapi yang elok kerana kajian menunjukkan mendengar muzik selama sejam sehari selama seminggu boleh membantu mengurangkan petanda kemurungan sehingga 25 peratus.

# Tingkatkan 'hormon keremajaan.' Kajian mendapati mencangkung dan menekan kaki boleh meningkatkan pengeluaran 'hormon keremajaan' semula jadi di dalam tubuh. Peningkatan hormon pertumbuhan boleh meningkatkan perasaan selain faedah fizikal yang lain.

Jika sudah biasa melakukan senaman seperti angkat berat, membengkokkan lutut, tekan tubi dan mendayung, teruskan senaman menyihatkan itu.

# Mereka yang biasa berlari kurang mengalami masalah tekanan melampau atau ketidakpuasan hati, menurut kajian Jurnal Perubatan dan Sains Sukan, Scandinavia yang membabitkan kajian di kalangan lebih daripada 12,000 orang.

Senaman berterusan memudahkan seseorang menyesuaikan diri dengan tekanan serta meningkatkan pembebasan hormon seperti noradrenalin, serotonin, beta endorfin dan dopamin yang membantu meningkatkan perasaan yang baik.

Selain berlari, disarankan senaman berjalan pantas atau sebarang senaman kardiovaskular selama setengah jam, lima kali seminggu.

Dipetik daripada Warna Seribu Pelangi
Continue Reading...

25 November 2009

Rahsia Senyum Dan Tawa

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Daripada :Istimewa Untukmu
Continue Reading...

Guru Muda Berpeluang Jadi Pengetua

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar.

Kini ia tidak lagi tertakluk kepada faktor kekananan, tetapi mengambil kira pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, enam teras NKRA ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan meliputi agenda kerajaan menawarkan ba'iah baru kepada pengetua serta guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan KPI sekolah masing-masing.

Alimuddin berkata, antara elemen utama dalam KPI peringkat sekolah rendah ialah semua murid normal yang bersekolah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebelum memasuki tahun empat, sasaran 100 peratus murid celik huruf serta kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

Di peringkat sekolah menengah, KPI akan menumpukan perhatian antara lain kepada bidang kebitaraan (nitch area) masing-masing serta kejayaan yang dicapai termasuk peringkat antarabangsa.

Ramai menyokong dasar itu kerana sudah sampai masanya perubahan baru dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan di negara ini.

Namun, sejauh mana pelaksanaan dasar itu membantu dalam pentadbiran dan kecemerlangan sekolah?

Apakah faktor kekananan yang diguna pakai selama ini tidak efektif dalam pemilihan pengetua dan guru besar sehingga ia perlu dirombak?

Selain itu, tidakkah dengan pelaksanaan dasar ini akan memberi impak negatif terutama kepada guru senior?

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata kaedah baru pelantikan pengetua dan guru besar itu satu langkah yang baik.

Beliau berkata, langkah itu memastikan sesiapa yang dipilih menerajui sesebuah sekolah adalah mereka yang cemerlang dan mempunyai rekod yang baik.

"Kemampuan seseorang dalam menerajui sebuah institusi pendidikan terutama sekolah adalah penting kerana ia ibarat tonik kepada kecemerlangan pelajar dan sekolah.

"Jadi, dasar ini akan mewujudkan lebih banyak sekolah cemerlang dan setaraf dengan sekolah bertaraf dunia.

"Namun, faktor kekananan yang diguna pakai sekarang tidak perlu diluputkan sebaliknya digabungkan dengan pelaksanaan dasar baru ini iaitu cemerlang dan berpengalaman," katanya.

Azam berkata, faktor kekananan yang diguna pakai selama ini bagus, tetapi sudah sampai masanya ia perlu diubah.

"Jika dilihat, menerusi faktor kekananan ini, seseorang pengetua dan guru besar itu dilantik berlandaskan senioriti dan tempoh perkhidmatannya.

"Jadi, walaupun tidak punya KPI yang tinggi atau cemerlang, mereka boleh memegang jawatan itu.

"Ia akan menafikan hak mereka yang cemerlang dan mampu menaikkan prestasi sekolah," katanya.

Faktor itu, katanya, sangat merugikan bukan saja kepada masa depan sekolah dan pelajar, tetapi pendidikan negara.

"Seseorang yang cemerlang pastinya mempunyai visi dan misi. Jika tidak mendapat peluang hanya kerana tempoh perkhidmatan, sedangkan mereka layak, kita kerugian.

"Justeru, jika mereka diberi peluang menjadi pengetua atau guru besar, potensi sesebuah sekolah lebih cemerlang amat besar," katanya.

Sudah lumrah, sesuatu dasar yang diubah pastinya ada kebaikan dan keburukan.

Perkara itu dipersetujui Azam kerana sesuatu dasar itu perlu diubah mengikut perkembangan semasa.

"Kita sudah lama merdeka dan perlukan perubahan.

"Perubahan ini tidak merugikan sesiapa sebaliknya memberi keuntungan terutama dalam meningkatkan prestasi sekolah," katanya.

Menurutnya, perubahan itu akan menjadikan sektor pendidikan di negara ini setaraf dengan sekolah di luar negara.

Sebagai guru yang 32 tahun menjadi pendidik, Azam meminta pelaksanaan dasar ini tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada sesiapa terutama guru.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata perubahan itu adalah tindakan yang bagus.

"Seseorang pengetua atau guru besar perlu mempunyai kecemerlangan kerana ia adalah jaminan kepada sebuah sekolah yang terbaik.

"Mereka yang dilantik juga perlu mempunyai kepemimpinan dan kreativiti yang tinggi selain pemikiran baru bagi menaikkan taraf pendidikan di negara ini," katanya.

Menurutnya, jika guru muda berkemampuan dan cemerlang, mereka boleh dilantik menjadi guru besar atau pengetua.

"Kini, ramai orang muda yang mempunyai kebolehan terutama pentadbir yang baik. Idea mereka kadangkala lebih ke hadapan untuk menjulang kecemerlangan sekolah.

"Secara tidak langsung, ia suatu motivasi kepada sesiapa saja untuk membuktikan kecemerlangan dan dilantik kerusi nombor satu di sekolah," katanya.

Katanya, jika orang muda dilantik sebagai pengetua atau guru besar, jangan pula melupakan guru berpengalaman atau senior kerana gabungan kedua-duanya menjamin kecemerlangan sekolah berterusan.

Dipetik daripada: Dunia Pendidikan
Continue Reading...

23 November 2009

Guru Juga Yang Kena Hadapi Risiko

Peristiwa Kuala Dipang memberikan kesan mendalam kepada guru yang mengalaminya. Begitulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Program apa sahaja yang mahu dijalankan semuanya dipertanggungjawabkan kepada guru. Silap langkah guru yang kena. Oleh itu, guru sentiasa memikirkan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugasnya. Siapa tahu kesusahan yang dialami oleh guru namun tanggungjawab tetap tanggungjawab.


Masyarakat luar hanya cuba mencari kesalahan khususnya hal prosedur yang kurang diendahkan. Namun, tahukah orang di luar yang kadang-kadang arahan atau apa sahaja program yang dipetanggungjawabkan selalunya last minute. Justeru guru yang bertangggungjawab tidak mempunyai masa yang cukup melainkan melaksanakan arahan dengan secepat mungkin. Memang ada takwim yang disusun namun kadang-kadang semuanya bersifat tentatif serta tidak pasti. Jadi dengan kekalutan dan kesusahan yang dihadapi guru tetap menjalankan tugasnya seperti diarahkan. Memang surat kebenaran waris adalah kepastian yang mengandungi yang pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap apa hal yang terjadi kepada peserta, seharusnya perkara ini perlu dikaji semula supaya penafian ini tidak berat sebelah sehingga mengundang kemarahan waris.

Mungkin sudah tiba masanya, ada kajian yang perlu dibuat supaya mengurangkan risiko guru disalahkan jika ada perkara atau masalah khususnya di tapak perkhemahan.

Daripada: Guru Malaysia

Continue Reading...

22 November 2009

Cara Membahagiakan Ibu

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
daripada: Istimewa Untukmu
Continue Reading...

21 November 2009

Makanan Cegah Batuk Dan Selsema

Kamu sering di serang batuk dan selesema? selain mengambil ubat dan vitamin c tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu.

1. SUP AYAM
hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS.
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah

4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masa dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA
Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

Daripada: Istimewa 2U
Continue Reading...

20 November 2009

Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Dipetik daripada : Istimewa 2U
Continue Reading...

19 November 2009

Didikan Rohani Bermula dari Rumah

Didikan rohani bermula dari rumah

Kebelakangan ini kita sering didedahkan menerusi media massa khususnya akhbar-akhbar mengenai fenomena negatif yang berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini, seperti rasuah, penagihan dadah yang terus berlaku dan sukar dibendung. Kesemuanya amat memalukan masyarakat Islam dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej Islam.

Kemudian, gejala yang boleh kita sifatkan paling buruk dan menyedihkan, ialah berlakunya kes rogol dan sumbang mahram. Kita merasakan ia suatu bala besar yang mungkin boleh menggelapkan masa depan mereka yang menjadi mangsa. Betapa sedih dan pilu serta terhirisnya hati kita kalau ia berlaku kepada anak dan anggota keluarga kita.

Di mana hendak disembunyikan wajah kita dan wajah anak-anak yang terlibat daripada jiran tetangga dan kaum kerabat yang mengetahui berlakunya kejadian buruk itu. Kalau mereka masih menjadi pelajar, mungkin peristiwa buruk dan malang itu akan menjejaskan prestasi pengajian mereka dan seterusnya akan menggelapkan masa depan mereka.

Anggaplah fenomena buruk yang berlaku itu sebagai satu penyakit. Dan, seseorang doktor yang hendak merawat sesuatu penyakit, terlebih dulu perlu tahu sebab-sebab atau punca berlakunya penyakit tersebut, selepas itu baru diberi ubat untuk menyembuhkannya.

Walau bagaimanapun, langkah terbaik dan bijak ialah kita harus berwaspada mengawal diri daripada terkena penyakit. Islam agama ciptaan Ilahi ialah sebaik-baik pedoman untuk manusia yang menjalani liku-liku hidup di alam maya yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Insan sebenarnya adalah makhluk yang unik. Dalam dirinya wujud dua kekuatan yang sentiasa bertarung antara satu sama lain. Unsur pertama ialah nafsu dalam bentuk sifat semula jadinya mengajak dan mendorong ke arah keburukan dan kejahatan. Dalam pada itu Allah juga membekalkan kepada manusia akal dan gharizah diniah (naluri keagamaan) - akal berperanan membezakan antara buruk dan baik, sementara naluri keagamaan mendorong manusia agar memilih yang bersih, murni, indah dan baik.

Selagi hayat dikandung badan, kita sebenarnya masih belum terkeluar daripada lingkungan kemanusiaan yang terdedah kepada dua unsur yang tersebut di atas. Justeru setiap insan tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, demikian jua apa-apa kedudukan dan kerjaya yang diceburinya, maka perlu menjalani 'Pendidikan Rabbani' sepanjang hayat terutama solat fardhu yang lima.

Menerusi solat ini kita diberi suntikan rohani yang berterusan dari satu waktu ke satu agar kita mengingat dan membesarkan Allah. Hasil solat khusyuk dan dengan memelihara waktu-waktunya, maka insya-Allah akan tertanam di sanubari kita dan anggota keluarga kita 'jiwa takwa' yang sentiasa subur dan segar.

Ketakwaan itu bagai pagar yang memelihara diri daripada terlibat kepada perbuatan keji dan mungkar. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dengan sabdanya bermaksud: "Tidak akan berzina orang yang berhasrat melakukan zina, ketika hendak melakukannya dia masih beriman kepada Allah (yakni hatinya merasa dilihat dan disaksikan oleh Allah)." "Tidak akan mencuri orang yang merancang untuk mencuri, tetapi ketika dia hendak mencuri, dia masih beriman."

Pendidikan solat dalam sesebuah keluarga harus dimulakan sejak anak itu masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Suruhlah anak-anak kamu ketika mereka berusia tujuh tahun, dan sewaktu berumur sepuluh tahun jika mereka tidak mendirikan solat hendaklah dipukul (pukul sebagai mendidik bukan mendera)."

Pendidikan Rabbani juga mengkehendaki anak yang berusia sepuluh tahun dipisahkan tempat tidurnya, dipisahkan anak lelaki dengan perempuan, bahkan anak lelaki dipisahkan daripada ibunya dan anak perempuan daripada bapanya.

Islam memberi penekanan agar dijauhi bunga-bunga atau bibit-bibit yang boleh membawa kepada perzinaan. Firman Allah s.w.t. maksudnya: "Dan janganlah menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Surah al-Isra': 32).

Bibit-bibit yang boleh mengakibatkan perbuatan zina itu ialah seperti pergaulan bebas tanpa sekatan (termasuk anak lelaki dengan anak perempuan tidur satu katil, demikian juga bapa tidur bersama anak perempuan dan anak lelaki pula tidur bersama ibunya, sedang si anak telah sepuluh tahun atau lebih), pendedahan aurat, bergayut di telefon berjam-jam (perbualan antara remaja putera dan puteri bukan mahram hingga membawa kepada senda gurau dan membangkitkan nafsu syahwat), berjalan atau duduk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan mahram terutama di tempat sunyi dan lain-lain lagi.

Demikian keprihatinan Islam menggariskan etika pendidikan diri dan keluarga agar sentiasa dalam keadaan terpimpin, terhindar daripada apa-apa jua perbuatan keji dan mungkar. Tetapi sayangnya, umat Islam telah mengabaikan bentuk pendidikan yang mulia dan luhur ini, sebaliknya lebih terpengaruh dengan cara hidup barat yang bebas daripada ikatan disiplin agama dan budaya yang bermoral. Akibatnya berlakulah gejala yang tidak diingini dalam masyarakat.

Oleh itu mari kita kembali kepada agama. Hidupkanlah jiwa dan norma keagamaan (Islam) pada diri dan keluarga kita. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya: "Aslim taslam". Maksudnya: "Patuhilah ajaran Islam, tentu anda akan selamat."

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

18 November 2009

Jika Orang Ketawakan Anda

Seringkali bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan.

Selepas itu, Anda rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila Anda berdepan dengan keadaan sebegini?

Cara terbaik, lupakan saja. Saya tahu, memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi Anda turun. Kesannya, Anda tak bersemangat.

Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan Anda, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian Anda!.

Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita.

Tak kira Anda seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat Anda.

Bila di ingat saat mereka mentertawakan Anda, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga.

Walau sekuat mana usaha Anda mengejar kejayaan, jika Anda selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda Anda bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa Anda sedari.

Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian Anda, kerana ia membuat Anda semakin bersemangat serta melatih minda Anda supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita Anda.

Fikir kejayaan, minda Anda akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda Anda perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.

Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk Anda semakin rajin berusaha.

Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan Anda, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

17 November 2009

Menghilangkan Keletihan Ketika Kerja

Menghindar keletihan ketika bekerja

ADA ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.

Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

- Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

- Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.

Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau
10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

- Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

- Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

- Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.

- Lakukan aktiviti fizik:

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.

Dipetik daripada: Istimewa Untukmu
Continue Reading...

15 November 2009

Kaedah Motivasi Anak

Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor untuk boleh mewujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi ynag berkesan, anak-anak akan dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi ynag berkesan agar matlamat dan harapan kita untuk mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah komunikasi untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti berikut:

1. Penerangan yang jelas.
Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.

2. Ganjaran.
Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat.
Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian.
Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan penyertaan.
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi keperluan.
Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan watak.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran.
Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi ceramah' atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.

9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas.
Berkomunikasilah dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

Larangan Dan Peraturan

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.

2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.

3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.

2) selepas makan atau sebelumnya.

3) Ketika sedang makan.

4) Selepas memakan buah-buahan.

5) Selepas keluar dari bilik mandi.

6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.

2) Hindarkan dari tidur lewat malam.

3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.

4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.

5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.

2) Banyak minum air di waktu pagi.

3) Banyak memakan atau meminum yang serba masam

Dipetik daripada: Istimewa 2u
Continue Reading...

14 November 2009

Dasar Terbuka dan Suka Mendengar

Tanya sahaja pemimpin pendidikan khususnya pentadbir, kata mereka suka kepada dasar yang terbuka dan suka mendengar. Bercakap memang senang daripada bertindak, memang menjadi ungkapan biasa jika kita selalu dengar "kami mengamalkan dasar yang terbuka dan suka mendengar dengan kritikan dan cadangan orang bawahan."

Sungguh pun begitu, adakah benar bagai di kata. Selalunya mendengar dalam erti kata riak wajah atau bahasa badan semata- mata namun tiada perkenan dengan tindakan. Teman guru saya pernah berkata, dalam pengurusan pendidikan perkara mudah menjadi susah oleh kerana ada dua peraturan yang selalu diamalkan oleh pentadbir ;

  1. Bos selalu betul
  2. Jika bos salah, rujuk peraturan satu

Banyak mana cadangan subordinat atau orang bawahan, walaupun baik kekadang tidak akan dihiraukan jika tiada kuasa pengaruhi seorang bos. Sehebat mana sahaja hujah jika semua dikata tidak berkenan di hati bos semuanya tidak menjadi. Mempengaruhi dan membodek perkara yang berbeza. Mempengaruhi punyai cara yang cerdik tapi berhemah tetapi membodek mempunyai cara berhelah yang penuh perasaan bermuka-muka.

Tidak semua pentadbir begitu, tetapi adakah kita semua faham akan dasar terbuka dan mahu mendengar. Punya banyak kursus dan latihan kepemimpinan, ia tidak memadai memahamkan kedua-dua konsep ini. Dasar yang terbuka dengan kritikan dan mendengar perlu dilatih dan bukan sekadar didengar

Dipetik daripada: Guru Malaysia

Continue Reading...

13 November 2009

Mahu Jadi Guru

Jika mahu atau berminat menjadi guru, kita bukan sahaja perlu bersedia untuk mengajar. Bahkah kita perlu bersedia bekerja secara multi tasking. Berkawad, berenang, berkayak atau apa sahaja orang lain boleh buat, kita semua kena pandai buat. Itu perkara biasa, jika di dalam temuduga, kita semua mengaku boleh buat itu dan ini. Masuk IPGM atau Fakulti Pendidikan perlu buktikan yang kita kota apa yang di kata.

Menjadi guru perlu bersedia untuk bekerja secara sistematik, perlu peka dengan arahan pihak atasan dan mempunyai inisiatif sendiri. Kerja lain pun begitu, namun perlu faham kerana guru di Malaysia tiada pembantu mahupun kerani yang menolong kita. Jika ada pun, itu cuma ehsan kerani pejabat sebab mereka bukan kerani cikgu. Oleh sebab itu, jika mahu membuat tuntutan perjalanan perlu simpan dan lekatkan semua resit-resit, sebab bila sampai ke meja kerani jika tidak lengkap, tiada siapa yang peduli semua resit-resit masuk tong sampah.

Dalam perguruan, banyak perkara datang secara last minute. Orang beritahu, baharu surat sampai. Lebih tragis lagi, masuk sahaja sekolah tiba-tiba sampai surat untuk mesyuarat bentang itu dan ini padahal data satu pun kita tiada. Jangan main-main dengan hal begini, ada juga guru siap beg belakang boot kereta, sebagai persediaan jika ada short notice kursus atau perkara lain.

Melainkan jika ada di antara guru yang mempunyai suami atau isteri yang diistilahkan sebagai somebody dalam kementerian, kebarangkalian untuk tidak menghiraukan arahan mungkin tinggi. Ini semua bukan perkara negatif, tetapi jika kita semua mahu menjadi guru. Jika ditanya pada guru yang mempunyai pelbagai personaliti sama ada positif atau negatif, jawapan kepuasan dalam mendidik adalah melihat anak murid kita berjaya...itu yang sebenarnya. Bagaimana ada berani untuk mahu jadi cikgu.

Daripada -guru Malaysia

Continue Reading...

12 November 2009

Biar Kita Pertahankan Profesionalisme Kita

Jika ada masalah, pendidikan menjadi tudingan pertama masyarakat mengenai kualiti insan yang lahir. Justeru, pendidik yang menjalankan tugas selalunya senang untuk dibelasah dari segenap penjuru. Kita sebagai guru kadang-kadang sudah lali dengan sikap segelintir masyarakat yang menganggap guru sahajalah yang bertanggungjawab mengenai apa sahaja yang berlaku ke atas anak didik mereka.

Memang dari suatu segi ada benarnya, namun jika segelintir masyarakat ini hanya tahu menyalahkan guru jika apa-apa berlaku itu yang menjadi masalah. Dengan bebanan guru yang ada, ia hanya dikatakan sebagai tugas namun tidak melihat realiti serta suasana bebanan yang ditanggung oleh guru. Sebagai pendidik, kita pernah mengalami pelbagai masalah dengan pihak keluarga yang kadang-kadang datang tanpa ada siasatan dan adab kemudian datang sekolah kemudian marah-marah.

Bagi mereka, mereka rasa mereka betul sehingga apa sahaja percakapan dan alasan kita hanya mahu mengelakkan diri. Sebenarnya mungkin sesetengah kes kita mahu mengelakkan diri, namun sebagai pendidik ramai yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Begitupun, masyarakat masih kurang nampak komitmen dan kesungguhan guru yang tinggi.

Daripada: Guru Malaysia

Continue Reading...

10 November 2009

Sekolah Tempat Lambakan Program

Seringkali jika ada perdebatan mengenai isu sosial mahupun isu apa sahaja. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni dan positif supaya modal insan yang efektif dapat dibentuk. Jadi, mudah sekali mana-mana pihak terutama orang politik seringkali cakap "Kita perlulah mendidik generasi muda dengan itu dan ini....bla..bla..bla..jadi hendaklah kita mulakan sebarang program sejak bangku sekolah...bla...bla..bla serta diharapkan kementerian dapat berbuat sesuatu...bla..bla.. guru juga perlu menyemai sikap....bla..bla..bla oleh itu dicadangkan kelab itu dan ini dilancarkan di sekolah."

Begitulah klise yang terjadi oleh mulut orang politik, tidak semena-mena sekolah tempat lambak kelab itu dan ini, program itu dan ini, persatuan itu dan ini sehingga sampai ke satu tahap yang mana satu pihak sekolah terutama guru perlu pentingkan. KPI sekarang menuntut guru-guru lebih kompeten dalam penyampaian P & P yang menghasilkan peljar banyak A berbanding pelajar yang kenal potensi diri. Jadi senang dikatakan, kewujudan sebarang kelab yang entah apa-apa tidak memberikan impak yang positif jika diikut dengan cakap-cakap politik. Kelab pelancongan, kelab jenayah dan sebagainya susah untuk ditentukan mana yang lebih utama.

Adalah baik hadkan atau kaji semula mana yang baik dan cukup bermanfaat untuk murid dan pelajar. Jika tidak belajar tidak kemana, kelab terbarai tidak yang menghidupkannya.

Daripada: Guru Malaysia

Continue Reading...

Kesalahan yang lebih bersalah

"Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri."

JANGAN hairan kalau orang melihat anda, lalu berkata, "Dia tu dulu sama kubang parit dengan aku. Masa sekolah bukan main bodoh. carang jadi profesor. Aku macam tak percaya."
Mungkin ada pula orang yang berkata begini di belakang anda, "Masa karni muda-muda dulu dia pernah ajak aku curi rambutan di dusun orang. Sekarang dah jadi ustaz. Ustaz apa bendanya tu?"
Tidak mustahil juga tanpa pengetahuan anda ada orang berkata, "Sekolah sama dengan aku. Aku lulus dia kantoi. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial ambil periksa. Tiba-tiba dia jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana."
Jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapakah mereka itu. Tidak kira anda orang kecil atau orang besar, anda akan tetap menjadi perbahasan manusia.
Sebenarnya, tradisi sesuatu ilmu itu perlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang pada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Lebih pendek daripada itu akan dianggap mengguna "kabel".
Begitu juga tradisi jawatan tertinggi dalam satu-satu jabatan terisi dalam tempoh-tempoh tertentu, maka manusia tradisi akan menganggap kenaikan pangkat anda secara mendadak sebagai "kipas" kuat.
Manusia selalunya begitu. Usah bersedih atau terlalu ambil hati. Jangan kecewa dengan tanggapan salah manusia, tetapi anda perlu gembira dengan pencapaian itu. Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kata manusia. Yang berselirat dengan seribu satu pertanyaan itu tidak akan ada noktah jawapannya.
Dahulu A seorang penagih, sekarang tidak lagi, tetapi orang ramai tetap menganggap dia menagih. Maka susah sekali bagi A hendak berubah. Pinangan A mungkin ditolak. Percubaan A untuk memulakan sejarah baru mungkin diperlekeh. Usaha-usaha A akan dipertikai. "Dia tu penagih. Engkau percaya dengan dia lagi? Silap-silap dengan duit engkau sekali dia kapur." Kata-kata itu akan kekal dan sinonim dengan nama A. Apabila orang bercakap tentang A, untuk pasti orang akan bertanya, "A yang mana?" dan orang akan menjelaskan, "A yang penagih tu..." padahal A sudah lama berhenti.
Begitulah manusia, selalu memberikan trade mark kekal kepada apa yang dilihatnya pada suatu ketika, tanpa mahu mengakui bahawa tiada manusia yang sempurna segalanya dan tiada manusia tanpa kesalahan.
Kita lebih seronok untuk mengatakan sesuatu yang negatif tentang seseorang apabila bercerita tentangnya, "Dia tu dulu, masa sekolah, selalu kena berdiri atas bangku, sebab tak buat kerja sekolah, sekarang jadi YB." Jarang kita dengar orang berkata, "Dia tu memang patut berjaya, sebab sejak kecil kuat berusaha. Dia sanggup buat apa saja untuk hidup. Dia memang hebat."
Ibaratnya, kebanyakan manusia seperti tiga budak di bawah:
Budak A: Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hang kerja apa?
Budak B dan Budak C menjawab: Bapak kami pun ahli sukan jugak.
Budak A pun bercerita, "Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tu sebelum jatuh ke tanah."
Budak B: Itu tak hairan. Bapak aku lagi tangkas. Bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru itu.
Budak C: Itu taklah hebat. Mari dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ni. Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada kat rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari.
Begitulah keadaan mereka yang suka memper-katakan hal orang. Mohon direnungkan.

Daripada:Seribu warna pelangi
Continue Reading...

05 November 2009

Hati yang tenang tanda kebahagiaan hidup

"BELAJARLAH MENGHARGAI DIRI DENGAN CARA KITA SENDIRI. TERIMALAH DIRI KITA SEADANYA".

Setiap makhluk yang hidup di dunia ini mengimpikan sebuah kehidupan yang tenteram dan sejahtera. Pastinya, tiada seorang pun yang mahu hidup gelisah, fikiran berserabut dan dirundung pelbagai masalah. Namun hakikatnya, kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan dugaan.
Pelbagai peristiwa mencorakkan sejarah kehidupan kita. Susah dan senang silih berganti setiap hari. Dalam menempuhi pelbagai rintangan dan halangan hidup ini, sebagai umat Islam kita sangat bertuah kerana Islam sentiasa membimbing dan menunjukkan kepada umatnya jalan selamat yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Terpulanglah kepada diri kita sendiri sama ada mahu mengikut jalan yang telah ditunjukkan atau sebaliknya.
Sekiranya kita mencari ketenangan hati dengan cara yang dianjurkan Islam kita akan mencapai kesejahteraan hidup. Jangan kita memilih jalan yang dilarang dan diharamkan oleh syariat seperti mengambil dadah, minum arak dan sebagainya. Langkah yang sedemikian sebenarnya tidak pernah menjanjikan ketenangan hakiki malahan menjadikan fikiran kita semakin berserabut dan kalut. Jika kita memilih jalan yang salah seolah-olah kita sengaja mencari padah bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat.
Menerima hakikat bahawa hidup ini adalah suatu perjalanan yang penuh berliku, menuntut kita memiliki hati yang tenang dan tenteram untuk mengharunginya. Ketenangan hati bagi seseorang manusia adalah anugerah Allah yang sangat berni-lai. la merupakan modal permulaan yang besar ke arah mencapai hidup yang bahagia dan sejahtera. Ketenangan hati bukannya sesuatu yang datang secara semulajadi. Sebaliknya ia menuntut suatu usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

Islam telah mengajar kepada umatnya suatu cara yang paling mudah dan ringkas untuk mendapatkan ketenangan hati ialah dengan berdoa dan sentiasa mengingati Allah sebagaimana firman-Nya yang ber-maksud: "Ingatlah dengan mengingati Al-lahlah hati menjadi tenteram." - al-Ra'd : 23 Sebagai hamba-Nya adalah menjadi kewajipan untuk mengingati Dia di sepanjang jalan kehidupan kita agar sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan terhindar dari perkara-perkara yang tidak sihat dan merosakkan.
Selain itu, Islam juga menganjurkan umatnya mencari ketenangan hati dengan cara beriktikaf iaitu berhenti (diam) di dalam masjid dengan niat dan cara yang tertentu untuk beribadat kepada Allah. Beriktikaf mempunyai hikmah dan ganjaran yang besar di dalam mencari ketenangan hati dan mendekatkan diri kepada Allah. Justeru ia menjadi amalan Rasulullah S.A.W khususnya di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Imam Ahmad b. Hanbal meriwayatkan di dalam sebuah hadis ; Daripada Aisyah Radiallahuanha beliau berkata, "Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W heriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat kemudiaw para isteri Baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya." Semasa beriktikaf terdapat amalan-amalan yang sangat baik untuk dilakukan iaitu sembahyang, berzikir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berdoa dan membaca al-Quran. Cara-cara ini juga amat baik dijadikan amalan seharian kerana ia dapat melatih jiwa dan fikiran kita sentiasa mengingati Allah S.W.T Bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi. Dengan bersyukur, kita akan sentiasa insaf dan sedar bahawa segala nikmat yang kita kecapi adalah datangnya dari Allah. Justeru, dapat mengelakkan diri kita dari menjadi takbur dan bongkak dengan apa yang kita perolehi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Sesungguhnya jika kamu 'bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7)
Carilah ketenangan hati dengan amalan-amalan sunat umpamanya berpuasa dan solat-solat sunat. Biasakan diri dengan puasa-puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Dengan berpuasa, emosi akan mudah dikawal. Selain berpuasa sunat, solat-solat sunat juga memberikan ketenangan hati seperti solat sunat 'Tahajud', solat sunat 'tasbih, dan solat sunat 'Dhuha'.

BERFIKIRAN POSITIF.
Hidup ini tidak sendasa ceria dan bahagia. Adakalanya duka dan hiba menyelubungi kita kerana pelbagai masalah dan musibah yang melanda. Hadapilah setiap permasalahan dengan fikiran yang positif dan berbaik sangka bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang sangat bernilai untuk kita. Pasti hati kita menjadi tenang dan terhindar dari salah sangka dan fitnah yang boleh memporak perandakan hidup kita.
Jadilah orang yang pemaaf dan ffludah meminta maaf jika menyedari kita telah melakukan kesilapan. Sikap bermaaf-maafan menjadikan diri kita sentiasa tenang kerana ia menghapuskan perasaan dendam yang boleh mendatangkan akibat yang buruk jika tidak dapat dikawal. Bermaaf-maafanlah tan-pa menunggu masa yang tertentu kerana sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Lazimilah kehidupan seharian kita dengan bersilaturrahim. Sayangi dan hormatilahlah orang-orang yang berada di sekeliling kita tanpa mengira darjat dan pangkat. Bersilaturrahimlah dengan jiran tetangga, sahabat handai dan sebagainya. Jadikan diri kita seorang yang mudah didekati oleh orang lain. Perbaiki cara kita bersosial dan berkawanlah dengan ramai orang. Kawan yang baik yang boleh menceriakan hidup kita semasa kita dalam kebuntuan.
Luahkan apa yang mengganggu pemikiran kita dengan cara menulis dan berbincang dengan orang yang kita percayai. Dengan menulis umpamanya di-ari, cerpen, puisi dan artikel, kita dapat menyalurkan keresahan, kesedihan, kekecewaan dan segala perasaan yang memberikan tekanan kepada kita mengikut cara kita sendiri.Jika kita tidak mahu menulis, kita boleh bercerita kepada orang yang kita percayai bahawa beliau boleh mendengar dan menyimpan segala apa yang kita luahkan. Dengan kedua-dua cara ini sebenamya kita berkongsi perasaan dan secara tidak langsung akan dapat melapangkan pemikiran kita dan hati akan semakin tenang.
Belajarlah menghargai diri dengan cara kita sendiri. Terimalah diri kita seadanya. Apabila kita mencapai sesuatu kejayaaan, walaupun kecil, berikan ganjaran untuk diri sendiri. Umpamanya kita telah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan, hadiahkan untuk diri kita sesuatu yang kita sukai seperti makan di restoran yang kita gemari dan sebagainya. Selain itu, sentiasalah memotivasikan diri dengan kata-kata yang boleh menguatkan semangat hidup. Contohnya katakan kepada diri sendiri, "Yakinlah saya boleh, saya pasti boleh!"
Bersikap 'Asertif iaitu berani untuk berkata tidak, jika kita merasakan tidak mampu untuk melakukan sesuatu apabila diminta untuk melakukannya. Jika kita menerima sesuatu tanggung-jawab yang kita pasti tidak dapat melakukannya, sebenarnya kita cuba menggalas beban yang hanya akan memberatkan fikiran dan diri kita sendiri. Bebaskan diri untuk berkata apa yang kita ingini kerana ia akan mengelakkan diri kita dari perasaan tertekan.
Makan makanan yang halal, baik dan berzat. Sentiasa peka dengan apa
yang kita makan terutamanya makanan segera dan yang telah diproses. Pastikan kandungannya halal. Makanan yang halal dan berzat amat penting untuk . ketenangan hati dan menjamin tubuh badan yang sihat.
Bersenam secara teratur, rehat secukupnya. Ingatlah, "Badan Sihat, Otak Cergas". Gunakan peluang hari minggu untuk bersenam. Tidurlah secukupnya kerana rehat yang paling baik ialah tidur yang cukup.
Itulah di antara cara-cara yang baik untuk mewujudkan ketenangan hati. Semoga kita dapat menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini dengan tabah dan sentiasa di bawah bimbingan serta rahmat dari Ilahi. Hadapilah hidup ini tenang dan senyuman.
Continue Reading...

02 November 2009

Segenggam garam


Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak.Pada suatu pagi,datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah.Langkahnya longlai dan air muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu,memang tampak seperti orang yang tak bahagia.Tanpa membuang waktu, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impianya tidak tercapai.

Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan. Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan seksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas
air.Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu kacaunya perlahan dengan sudu."Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..",ujar Pak tua itu. "Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab tetamu, sambil meludah ke samping. Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak tamunya ini,untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya
sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu.
Dengan sepotong kayu,dibuatnya gelombang mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu."Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi,"Bagaimana rasanya?"."Segar.", sahut tamunya."Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?",tanya Pak Tua lagi."Tidak", jawab si anak muda.Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda.Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu."Anak muda, dengarlah.Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang.Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama."Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki.Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup,hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan.

Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya" Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu,adalah wadah itu.Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan." Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa. Tentunya banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini.

dipetik daripada: Seribu Wrna Pelangi

Continue Reading...

01 November 2009

Bina Peribadi Waktu Makan


Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.

Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.

Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih
syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."

Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."

Dipetik drp: Seribu warna pelangi
Continue Reading...
 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template