31 March 2010

4 PERKARA BERHARGA

Telah Bersabda Nabi s.a.w :

Yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi

Continue Reading...

30 March 2010

60 Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Dicedok daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

28 March 2010

Atasi Sikap Bertangguh

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.

4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.

5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.

7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.

8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Dipetik daripada:Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

25 March 2010

Tips Bijak Uruskan Masa

Sebijak mana seseorang itu belajar namun kegagalan menguruskan masa memungkinkan mereka gagal dalam hidup.
Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata pengurusan masa penting kerana ia membentuk disiplin seseorang untuk berjaya.
“Setiap pelajar mesti merancang masa belajarnya, ulang kaji, bermain dan kokurikulum.
“Kegagalan mengurus masa antara faktor kegagalan dalam pelajaran,” katanya.
Berikut adalah beberapa petua untuk muncul pelajar yang bijak mengurus masa:

1. Pastikan waktu mengulang kaji anda lebih dari tiga jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar lima hingga tujuh jam sehari.
Dalam tempoh itu, anda mungkin belajar sejam pada waktu subuh, dua jam pada waktu petang dan tiga jam pada waktu malam.
2. Tahap tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama sejam dan ada hanya 20 minit. Jangan paksa diri anda.
Sekiranya tumpuan terganggu, ambil rehat seketika kira-kira lima minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang anda ketahui sebelumnya.
3. Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang sudah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulang kaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar ditetapkan.
5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan mengenai bahan yang mahu diulang kaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
6. Sediakan senarai tugas harian pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti kata Stephen Covey; “Put first things first”.
7. Rekodkan perkembangan anda pada sehelai kertas. Setakat mana anda lakukan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai ‘To do’ anda.
8. Beri ganjaran buat diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca sejam penuh tumpuan lebih baik dari membaca tiga jam dengan fikiran melayang.
10. Fokus sekurang-kurangnya 50 peratus daripada masa belajar anda terhadap proses ‘Recall’. Iaitu proses memanggil semula maklumat.
11. Gunakan kad kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil antara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas dan lain-lain.
Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya sejam hingga dua jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten sejam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Ke mana perginya lagi 350 hari masa anda?
YAng paling penting... ..DUIT... ..Doa... Usaha... Iktikad... Tawakal..InSyaALLAh
Continue Reading...

24 March 2010

Anak-anak sekarang semakin melampau!

Sana sini kita mendengar kisah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa. Sama ada mereka menjaganya dengan separuh hati atau tidak langsung mengambil berat keadaan tetap sama. Bukan setakat mengabaikan tanggungjawab sikap biadab juga makin ketara.

Mana tidak, bercakap dengan ibu bapa menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sedap di dengar. Namun kerana sayang dan takut kehilangan anak ibu bapa mengambil sikap berdiam diri.

Begitu mukadimah saya minggu ini, mengupas permasalahan yang dikirim oleh Kak Ani(bukan nama sebenar ) berusia awal 50-an.

Kak Ani ingin berkongsi kisah sedihnya yang menjadi mangsa anak yang hanya pentingkan wang ringgit dan isteri kesayangan tetapi mengabaikan dirinya.

Begini kisah Kak Ani.

"Saya mempunyai dua orang anak seorang lelaki berusia 28 tahun telah berkahwin dan seorang perempuan berumur 22 tahun.

"Kedua-duanya telah bekerja dan mempunyai jawatan tinggi di sebuah bank dan jabatan kerajaan. Alhamdulillah anak perempuan saya menjadi, sederhana orangnya dan amat menyayangi saya.

"Sedihnya abang pula yang buat hal..hidup mewah dan menjadi 'hamba' isteri.

"Anak lelaki saya sangat boros dan mengamalkan gaya hidup mewah dan terlalu mengikut kata isteri. Anak perempuan saya setiap bulan memberi saya sejumlah wang untuk disimpan sedangkan anak lelaki tidak pernah memberi wang belanja. Tapi saya faham dia ada keluarga.

"Separuh wang yang diberikan anak perempuan saya simpan untuk sakit demam atau masa susah. Ingat sebelum kena berjimat sebelum habis itulah amalan saya.

"Malangnya anak lelaki saya selalu meminjam wang daripada saya. Setiap bulan mesti dia akan datang meminjam. Mereka suami isteri bekerja. Anak baru seorang, masakan tidak cukup dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan.

"Semasa susah saya menjadi tempat menyelesai masalah tapi apabila senang saya dilupakan. Datang menjenguk pun jarang walaupun jarak rumah tidak sampai 20 kilometer.

"Satu hari dia datang ke rumah untuk meminjam. Saya memberi pelbagai alasan tidak mahu bagi tetapi gagal apabila dia merayu-rayu di hadapan saya.

"Ya la hati seorang ibu, mana boleh tahan jika melihat anak bersedih kerana ada masalah kewangan. Mahu tidak mahu saya bagi juga. Anak perempuan saya marah-marah sebab saya selalu mengalah dengan pujuk rayu abangnya.

"Katanya saya tidak boleh berterusan begitu sebab lama-kelamaan abangnya tidak akan berubah, asyik datang meminjam sahaja. Saya faham niat dia baik tetapi dia tidak faham hati seorang ibu sebab dia belum berkahwin.

"Saya tidak ada pilihan lalu memberi anak lelaki saya pinjam wang tetapi dengan syarat dia mesti pulangkan dalam masa sebulan. Dia setuju. Sayangnya sudah enam bulan berlalu, belum nampak tanda dia akan membayarnya semula.

"Satu hari saya memanggilnya ke rumah. Apabila dia datang saya beritahu dia yang saya hendak guna duit yang dia pinjam untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah.

"Dia marah-marah dan menengking saya. Katanya, kalau ibu tidak ada duit, ibu gadai sahaja barang-barang kemas yang banyak itu. Simpan pun bukan boleh di bawa mati.

"Bayangkan anak sulung yang saya tatang dan tolong setiap kali menghadapi masalah kewangan berkata demikian kepada saya. Sedih hati saya hanya Tuhan yang tahu, tetapi walaupun pahit kena telan juga.

"Dia mengungkit-ngungkit duit yang dia pernah bagi saya sebelum ini. Sedangkan saya sebagai ibu langsung tidak pernah mengungkit tentang penat dan letih menjaga dan membesar dia sehingga berjaya dan menjadi manusia.

"Itulah anak-anak sekarang. Saya amat sedih dengan perbuatannya itu. Sudahlah dia tidak mengambil berat dan menjaga saya dan asyik dengan isterinya yang cantik itu saja, kita pula disalahkan kerana tidak menolongnya.

"Nak tolong macam mana lagi? Semuanya saya sudah lakukan untuk dia. Sehinggakan anak perempuan saya merajuk dan menangis melihat abangnya berkelakuan begitu kepada saya.

"Apa hendak saya lakukan lagi? Saya tahu hidupnya jadi begitu kerana terlalu mengikut kehendak isterinya yang mata duitan dan mahu hidup mewah.

"Saya amat sedih dengan tingkah lakunya terhadap saya. Tapi saya tetap berdoa semoga satu hari nanti dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Biarlah apa pun yang dia hendak buat saya reda. Saya tahu ramai ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya tetapi terpaksa kunci mulut kerana sayangkan anak.

"Duit ringgit boleh dicari tetapi anak..... Sesiapa pun yang mengalami keadaan seperti saya akan berkata demikian. Lainlah jika seorang ibu itu sudah tidak ada kasih dan sayang lagi kepada zuriat yang dikandugnya selama sembilan bulan sembilan hari itu.

"Buruk baik dia tetap anak, saya tidak akan berhenti berdoa dengan harapan satu hari nanti dia akan kembali menjadi anak yang baik dan soleh. Insya-Allah," Kak Ani menutup ceritanya.

Cerita Kak Ani menjadikan saya terkedu seketika. Mungkin ini hari kak Ani, hari kita belum tentu macam mana. Apa pun saya harap Kak Ani dapat terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Tidak ada seorang ibu juga yang mahu melihat anaknya menjadi anak yang tidak menghargai ibu bapa.

Namun kita perlu menerima hakikat, dalam setandan pisang tidak semua elok dan boleh dimakan, ada juga yang tidak elok. Itu semua kerja Allah.

Saya percaya doa seorang ibu sangat mujarab. Terus berdoa dan jangan putus asa. Buat anak-anak yang dilahirkan untuk melihat nikmat didunia ini, insaflah, hargailah ibu bapa dan laksanakan tanggungjawab anda kepada mereka selagi anda bernafas.

Dalam keghairahan mengejar kerjaya dan kemewahan jangan bahawa sesungguhnya terdapat seorang insan yang tidak dapat menandingi apa juga di alam maya ini, iaitu ibu bapa anda. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu!

Dipetik daripada :Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

23 March 2010

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
Continue Reading...

22 March 2010

Berfikiran Positif Kunci Kejayaan

Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang.

Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?

Bangkitkan Motivasi.

Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.

Yakinlah Boleh.

Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. " Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh." Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.

Jangan Fatalistik.

Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa

" Saya pada dasarnya bodoh " misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.

Lihat Sisi Baik.

Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu

" kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan ", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.

Berdikari Selalu.

Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.

Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.

Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif.

" Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan. "

Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.

Dipetik daripada :Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

19 March 2010

Resepi Kejayaan

Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :

1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN

BAB 1: PERUBAHAN SIKAP

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.

Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.

Sikap mempunyai tiga eleman penting:

1. Pemikiran
2. Perasaan
3. Tingkahlaku

Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah gabungan yang terpenting dalam menuntut ilmu. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bergerak menjadi baik atau tidak baik.

Berubah Pemikiran
Pemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah kepada penikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlangan.

Berubah Perasaan
Perasaan juga disebut sebagai emosi yang sering menguasai diri. Ubah perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang perlu dikikis iaitu:

Perasaan rendah diri
Ubah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah semangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan.

Tidak mahu mengaku kelemahan diri
Sikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.

Berpuas hati dengan apa yang telah didapati
Keadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna.

Berubah Tingkahlaku
Tingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan perubahan emosi dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran akan mengubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ÎibuÌ kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa tingkahlaku adalah pancaran dari perubahan perasaan dan pemikiran.

MATLAMAT
Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.

Ciri-ciri Matlamat
Boleh diukur
Ia perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas dan dapat dilihat. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak.
Spesifik
Ciri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dicapai. Jika tidak dikhususkan, maka matlamat tidak mempunyai asas yang kukuh.

Realistik
Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan selain usaha sendiri. Oleh itu jadikan matlamat sebagai suatu kenyataan.

Jangka masa
Matlamat ditetapkan berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan sejajar dengan matlamat.

Berdoa
Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.

Mengenal potensi dan sikap diri
Perasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri (Mizan 1996). Rasa suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dalaman pelajar. Kesungguhan dan motivasi dalamam yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak dan bertingkahlaku yang lebih positif.

Kesimpulan
Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.

KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...
DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…
SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…
JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…
DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…
KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

18 March 2010

Fahami yang tersirat dalam hati suami

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini saya akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.

Bil

Sikap Suami

Maksud Tersirat

Tindakan

1

Memuji masakan isteri

Dia suka dengan masakan dan sesuai dengan cita rasanya.

Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.

2

Memuji masakan orang lain

Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.

Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.

3

Memuji pakaian seseorang wanita

Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.

Isteri perlu tanya suami pandangannya secara ikhlas.

4

Memuji seorang wanita

Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu.

Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu.

5

Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.

Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.

6

Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.

Dia mahu isteri pandai jaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak dia akan merima nasib yang sama.

Isteri perlu membuat kajian mereka boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.

7

Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.

Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai

Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.

8

Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.

Dia mahu bermanja dengan isterinya.

Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.

9

Suami masuk tidur awal

Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.

Hentikan segalaa urusan dan memberi perhatian kepada suami.

10

Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.

Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada Isteri yang selalu memasak untuknya.

Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepadanya.

Continue Reading...

17 March 2010

Amalan harian untuk panjangkan usia

LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang memudaratkan kesihatan diri.

Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.

Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.

Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk itu?

Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan petua dan amalan yang cukup baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.

Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.

Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.

Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekaligus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang bukan Islam.

Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.

Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.

Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.

Pejam mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada pandangan.

Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus.

Mungkin dengan mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh untuk setiap perkara yang baik.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

16 March 2010

Kubur Menanti Kita

Pernahkah anda melihat kuburan?
Pernahkah anda melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang selain anda?
Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat anda diusung dari dunia fana ini ke
kuburan?

Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat...
Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat ...
Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah...
Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada bersendirian yang mengerikan...
Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya
sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian
itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siap
kerananya.

Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah
janggotnya'.

Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?

Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak
selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."

Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan
daripadanya."
HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, diantaranya beliau berkata:

Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah
mereka. Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka?
Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka?
Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?.
Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat
oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka?
Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan.

Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia?
Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka?
Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi?
Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur?
Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal?
Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka?
Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka?
Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi?
Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja?
Bukankah mereka berada dalam kegelapan?
Mereka telah terputus dengan amal mereka.
Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta
dan segenap keluarganya.

Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan!
Kenapa engkau terpedaya dengan dunia?
Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar
dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah dikuburkan.

Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri, engkau wahai Yazid!, siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati?
Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati?
Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?'

Lalu dia berkata, 'Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap kepada dirimu atas sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya
adalah mati, kuburan sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang sangat mengerikan.


Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?'
Lalu beliau rahimahullah menangis.


NASIHAT TENTANG KUBUR

Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata,'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah
menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia
membayangkan keadaan mereka. Betapa baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekedar
melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik dengan urusannya sendiri.

'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia.


Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan.
Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.'

Penyair lain berkata:
"Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin
menyombongi orang-orang miskin hingga di kuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa.
Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?"

Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa manakala seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu
disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami?
Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang mendahuluimu?
Bukankah engkau mengetahui bahawa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu?
Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara- saudaramu?


FITNAH KUBUR

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di kuburan?
Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang sholeh menangis.

"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?"

Kerana untuk senantiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahwa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia
mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke
dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal sholeh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."
Al-Mu'minun: 99-100

Kemudian ia menjawab sendiri, 'Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'. Dan kerananya ia didapati pada hari-hari setelahnya senantiasa dalam keadaan ibadah dan takwa kepada Allah.

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?


SEBAB SIKSA KUBUR

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur
ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:


1. Melaga-lagakan dan mengampu.
2. Tidak cebok sehabis buang air kecil.
3. Sholat tanpa bersuci.
4. Berdusta.
5. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat.
6. Tidak mengeluarkan zakat.
7. Zina
8. Mencuri
9. Berkhianat
10. Menfitnah sesama umat Islam
11. Makan riba
12. Tidak menolong orang yang dizalimi
13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki
15. Membunuh
16. Mencaci sahabat
17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, 'Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu
memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.'


YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya:


1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.
2. Mati syahid di jalan Allah.
3. Membaca surat Al-Mulk.
4. Meninggal kerana sakit perut.
5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.


MANFAAT ZIARAH KUBUR

Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati
melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda- nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah.

'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup
yang tidak ada kematian di dalamnya.'


SAKITNYA SAKARATUL MAUT

Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan.
Aisyah ra.berkata, 'Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh
wajahnya seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya."
HR. Al-Bukhari

Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: "Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut."
HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim

Yang dimaksud dengan sakarat yaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.

Wallahu'alam Bisshawab


Dipetik daripada :Seribu Warna Pelangi

Continue Reading...

15 March 2010

Memberi Maaf Itu Ubat

Bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang itu untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan kerana setiap seorang dari kita mempunyai ego yang tersendiri. Pernah satu ketika ada seorang kawan memberitahu saya yang dia tidak kisah jika kata-katanya menyinggung perasaan orang lain kerana menurutnya setiap hari raya dia akan memohon maaf dari orang tersebut. Tetapi apakah yang akan terjadi jika ditakdirkan umurnya tidak panjang atau orang yang tersinggung itu hilang entah ke mana. Memohon maaf dan memberi maaf sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan bermasyarakat yang kita amalkan jika ianya dihayati sepenuhnya.

Bagi saya maaf itu amat mahal harganya dan ianya perlu dijaga dan dinikmati ibarat sebutir permata. Jika maaf itu kerap dilafazkan terhadap orang yang sama atas kesalahan yang sama maka ianya tidak melambangkan nilai maaf itu sendiri. Ada segolongan orang yang sering membuat kesalahan yang sama kemudian apabila ada kepentingan tertentu yang memberi pulangan kepadanya dengan segera dia memohon maaf atas kesalahannya tetapi tak lama kemudian dia akan mengulangi kesalahan yang sama. Dalam mengharungi kerjaya saya, saya dapat melihat serta mendengar pelbagai keluhan dan ragam dari mereka yang datang untuk mengikuti kelas latihan ataupun sesi rundingcara. Ada diantaranya berkaitan dengan maaf.

Seorang wanita datang mengikuti kelas latihan meditasi islam kerana begitu tertekan dengan sikap ibu mertuanya yang sering mencari kesalahan dan mempergunakannya tetapi jika ibu mertuanya inginkan sesuatu darinya beliau akan mengakui kesalahannya dan memohon maaf atas alasan beliau sendiri tidak memahami mengapa beliau bersikap demikian. Wanita ini seorang yang berhati lembut dan memaafkan dan kemudian mengikut keinginan ibu mertuanya. Setelah berhasil mendapat apa yang diinginkan ibu mertuanya akan balik kepada peranagai sebelumnya tanpa menghargai apa yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan.

Kisah sebegini bukan hanya tertakluk kepada ibu mertua dan menantu sahaja tetapi ia juga kadang-kadang merangkumi kawan-kawan, suami isteri, saudara mara bahkan ibubapa sendiri. Tidak dinafikan keadaan ini akan membuatkan seseorang itu kecewa dan tertekan apatah lagi orang yang berperangai sebegitu adalah orang yang rapat dan orang yang kita sayangi. Keadaan ini juga sering membuatkan seseorang itu mencari jalan untuk cuba menyedarkan mereka tentang kesilapan dan perangai mereka. Namun apa yang terjadi semakin banyak jalan penyelesaian yang difikirkan semakin terbeban seseorang itu dengan sikap mereka. Ianya berkait rapat dengan teori fikiran yang menyatakan bahawa kita adalah apa yang kita fikir.

Seringkali ianya tidak mendatangkan hasil kerana jalan keluar yang difikirkan itu disaluti dengan emosi negatif samada ianya berupa dendam atau satu kepuasan melihat kejatuhan seseorang. Seperti yang telah dinyatakan dalam artikel-artikel yang lepas, emosi negatif akan melemahkan sumber kekuatan seseorang itu serta mengganggu sistem saraf dan akhirnya menjemput pelbagai penyakit ke tubuh. Semakin banyak jalan keluar difikirkan maka semakin banyak pula terkumpul emosi negatif yang bersarang di fikiran. Keadaan ini bertambah buruk apabila seseorang itu berhadapan dengan mereka yang sering berperangai memohon maaf dan kemudian melakukan kesalahan yang sama apatah lagi jika orang tersebut tidak mampu dielak umpama seorang isteri yang mempunyai seorang suami yang mempunyai perangai sedemikian.

Saya pernah memberitahu kepada seorang lelaki yang berhadapan dengan situasi ini satu cara yang yang bagi saya mampu untuk menhilangkan tekanan bahkan menjadi ubat kepada penyakit ini. Apa yang perlu beliau lakukan ialah memberi kemaafan kepada orang bersikap demikian sebelum mereka memohon maaf. Ini kerana kemaafan yang mereka pohon palsu dan harganya murah justeru itu selesai mendapat apa yang diinginkan mereka akan menyakitkan hati kembali. Unsur paling penting dalam memberi nilai yang tinggi terhadap harga satu kemaafan ialah ianya perlu dilakukan dengan hati tulus ikhlas semata-mata untuk mendapat rahmat Allah swt tanpa mempunyai rasa emosi atau dendam.

Perlu diingat setiap apa yang kita lakukan kerana Allah swt adalah satu ibadah dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran sepuluh kebajikan. Kebajikan ini adalah getaran tenaga murni yang membantu kita dalam banyak hal untuk mengharungi kehidupan di dunia ini. Semakin banyak kebaikan yang kita lakukan kerana Allah swt maka makin banyak kebajikan yang kita perolehi. Kebajikan yang terkumpul ini akan menjadi ubat terhadap pelbagai masalah yang kita hadapi. Kata lelaki berkenaan, susah baginya untuk memaafkan orang yang selama ini kerap menyakitkan hatinya dan memohon maaf palsu.

Memang benar agak payah untuk memaafkan seseorang yang melakukan sesuatu yang menyakitkan kita. Tetapi ianya perlu dilatih dan dijadikan habit untuk memaafkan seseorang. Saya sendiri sebelum berada dalam keaadan sekang telah melalui pelbagai ranjau dan duri. Justeru itu saya amat memahami situasi sukar untuk memberi kemaafan. Perlu juga diingat tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Namun apabila kita melakukan sesuatu itu kerana Allah swt, insya Allah kita akan berjaya. Oleh itu berilah kemaafan kerana Allah swt. Lebih kurang dua bulan kemudian saya menerima sms dari lelaki berkenaan yang katanya orang tersebut kini telah insaf kerana satu insiden dan kini mereka telah menjadi begitu rapat.

Setiap apa yang kita lakukan tertakluk kepada hukum karma, janganlah difikir bagaimana untuk menyedarkan seseorang hanya untuk meluahkan kemarahan yang terpendam, ianya tidak akan berjaya. Sesungguhnya balasan dan pengajaran dari Allah swt amat setimpal kerana Allah itu Maha Adil. Belajarlah memberi kemaafan sebelum diminta serta berilah kemaafan yang mahal harganya yakni kemaafan dengan hati yang ikhlas dan mengharapakan rahmat Allah semata. Insya Allah kemaafan yang anda beri itu akan menjadi ubat kepada kekeruhan yang ada dan berterika kasihlah kepada Allah swt atas setiap apa yang anda perolehi kerana tanpa izinnya tiada satupun akan terjadi.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

11 March 2010

Beza budi bahasa orang kita & Barat

Pengalaman menggunakan kemudahan awam di United Kingdom (UK) banyak bezanya berbanding dengan pengalaman di tanah air sendiri. Perbezaan bukan hanya dari segi kemudahan yang disediakan tetapi juga dari segi amalan yang jelas mencerminkan mentaliti mereka.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan mereka di Barat lebih mengutamakan orang lain, mencintai orang lain seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri di jalan raya. Sikap yang nampak enteng ini nyata dijadikan amalan dan kesannya jelas terlihat dalam sistem masyarakat mereka yang rata-rata kita gambarkan sebagai jauh lebih individualistik berbanding masyarakat Timur. Namun jika diteliti amalan mereka dari segi keselamatan, mereka nampaknya jauh lebih 'kolektif' berbanding masyarakat kita.

Contoh jelas ketika menaiki kemudahan awam seperti bas atau tram (kereta api yang beroperasi di jalan raya di tengah kota) pengguna pengangkutan awam peka dengan simbol pengguna kurang upaya yang diletakkan di tempat duduk kenderaan. Sungguhpun mereka kadang-kala mempunyai kecenderungan untuk mengisi kekosongan tempat itu, namun jika ada golongan kurang upaya atau warga emas yang menaiki kenderaan itu, mereka bingkas bangun dan dengan lembut meminta mereka duduk di situ. Ucapan 'terima kasih' pula tidak lekang dari bibir mereka, tanda menghargai ihsan insan yang peka.

Begitu juga jika mereka terlihat wanita mengandung yang menaiki bas. Mereka yang berpakaian ala black metal, bersubang sana sini dan berseluar jeans koyak rabak segera mengosongkan tempat duduk dan meminta penumpang wanita berkenaan duduk. Kagum kita melihatnya kerana ini belum lagi menjadi budaya amalan di negara kita.

Di tanah air, semua orang kebanyakannya mementingkan diri sendiri 'siapa cepat dialah yang dapat duduk' tanpa mengambil kira kesusahan orang lain yang lebih memerlukan. Mengutamakan orang lain yang memerlukan masih menjadi budaya asing di Malaysia.

Mengimbas pengalaman sendiri di Kuala Lumpur berbelas tahun lalu, pastinya saya tidak pernah lupa dengan kesesakan menaiki bas mini untuk balik dari pusat tuisyen. Tiada tempat duduk sambil memegang sebidang kain di tangan yang berbungkus dengan plastik, seorang wanita yang sedang duduk bermanis mulut menawarkan diri untuk membantu memegang kain yang baru dibeli. Kesesakan di dalam bas membuatkan semua penumpang yang berdiri terpaksa bersesak di dalam bas. Saya sempat memerhatikan kedudukan wanita itu dan memastikan untuk mendapatkan semula kain itu darinya sebelum turun dari bas. Kesesakan yang semakin berkurangan akhirnya membuatkan saya sedar yang wanita itu turun bersama-sama kain yang dibeli itu.

Kejadian ini membuatkan saya berasa serik untuk dibantu mana-mana orang tidak dikenali sungguhpun kadang-kala beban buku yang digalas dan yang dipegang memang melebihi keupayaan untuk dibawa, tambahan lagi dalam keadaan bas yang bergerak pantas tanpa menghiraukan pengguna yang berhimpit-himpit seperti ikan sardin. Pengalaman ini secara analitikalnya mencerminkan sifat dan mentaliti segelintir ahli masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Bayangkan saja jika kejadian itu berlaku kepada pelancong asing. Pastinya pengalaman menaiki pengangkutan awam di Malaysia adalah pengalaman terburuknya! Sikap seperti ini sebenarnya membawa bahaya yang jauh lebih besar berbanding perbuatan itu sendiri.

Berbalik kepada sikap pengguna jalan raya di UK. Selain sikap penggunanya yang 'peka' dengan kesusahan orang lain, kemudahan yang digunakan juga nampaknya menitikberatkan fizikal penggunanya. Misalnya, bas yang beroperasi semuanya akan menurunkan badan bas ke aras yang lebih rendah jika pengguna yang ingin menaiki bas adalah golongan kurang upaya (termasuk warga emas) atau mereka yang berkerusi roda dan yang membawa kereta sorong bayi. Tiada masalah bagi mereka yang membawa bayi dengan menaiki kemudahan awam di UK, malah di bahagian hadapan bas turut disediakan tempat khas untuk kereta sorong bayi dan kerusi roda diletakkan dengan selamat walaupun bas sedang bergerak.

Seperkara lagi amalan menarik di sini adalah menghormati simbol pejalan kaki melintas yang memberi kemudahan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan tanpa perlu lampu isyarat. Semua pemandu peka dengan pejalan kaki yang ingin melintas jalan dan memberi laluan kepada mereka untuk melintas.

Jika di Malaysia, tanda jalan raya itu tidak memberi makna dan tidak membawa kepada kelebihan kepada pejalan kaki melainkan mereka perlu memastikan lampu isyarat untuk bertukar ke warna merah. Silap-silap jika kita berhenti di lintasan yang tidak berlampu isyarat, kita akan dilanggar.

Itu nyata keadaan yang pernah dilalui suami seorang rakan yang baru kembali ke Malaysia dari UK. Dia dilanggar dari belakang kerana cuba memberi laluan kereta lain memasuki simpang. Di UK, lampu isyaratnya agak unik kerana tiada lampu isyarat arah ke kiri atau ke kanan. Maknanya, jika kita berada di jalan utama tetapi ingin memasuki simpang ke kiri atau ke kanan, kita perlu memberi isyarat untuk ke kiri atau kanan apabila lampu isyarat terus ke hadapan berwarna hijau.

Untuk memasuki simpang itu, kita hanya mengharapkan 'simpati' daripada pemandu di jalan bertentangan dalam keadaan trafik yang sesak. Namun untuk mendapatkan simpati itu tidak sukar. Pemandu di jalan bertentangan pasti akan berhenti dan memberi lampu tinggi tandanya kita boleh melintas memasuki simpang. Sehingga kini, belum ada kes pemandu yang tidak dapat memasuki simpang atau terpaksa menunggu terlalu lama kerana tidak diberi 'simpati' tadi. Mungkin sikap ini masih terbawa-bawa oleh rakan tadi tetapi akhirnya dia dilanggar kereta belakang.

Sikap yang ditonjolkan ini andainya diteladani pastinya boleh mengubah suasana jalan raya di Malaysia hari ini. Akan kurang bunyi hon tidak perlu dan kurang tekanan di kalangan pemandu kerana semua pemandu tidak mementingkan diri sendiri.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

10 March 2010

Mencari Keberkatan Masa

MENJELANG tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru. Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru.

Mungkin mereka ingin menetapkan sasaran, perancangan dan idaman. Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti. Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak.

Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun. Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang. Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu.

Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan. Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan. Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah.

Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah. Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?!

Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi. Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi. Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya) “Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasul-Nya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya) “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96). Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya) “Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya) “Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31). Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam). Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu.

Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan. Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil. Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup.

Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w “Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani). Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian.

Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Continue Reading...

09 March 2010

Remaja dan sikap positif

Menjadi remaja memberi peluang untuk kita belajar tentang hidup. Remaja belum sampai ke tahap matang dan dewasa. Justeru bersikap positif terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan memberi pedoman kepada remaja supaya dapat membezakan jalan yang benar dan salah.

Remaja sememangnya memiliki rasa ingin tahu yang tinggi dan proses ingin tahu itu perlu disuburkan dengan sikap positif.

Pemikiran positif bermaksud tidak timbul sangka buruk atau prasangka terhadap sesuatu yang berlaku. Pemikiran positif adalah pemikiran yang menjurus ke arah keupayaan dan bukannya ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.

Rasa ingin tahu membolehkan remaja bertanya, mengkaji, menyiasat, membuat pertimbangan tentang benar dan salah akan sesuatu yang atau bertindak atas apa yang berlaku. Rasa ingin tahu adalah suatu dorongan fitrah dan proses belajar akan makna sesuatu.

Sesetengah orang tahu sesuatu melalui pertanyaan, perkongsian, pengalaman atau maklumat. Sikap positif memberikan remaja data dan fakta yang berguna untuk membantu membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang berlaku.

Contohnya, ada orang berpendapat bahawa barat itu buruk dan Timur itu baik. Sikap positif remaja mestilah dalam andaian tidak semua dari barat itu buruk dan yang datang dari timur semua baik.

Banyak kemajuan, ilmu pengetahuan teknologi dan sains berlaku di barat bermanfaat untuk manusia. Banyak juga keburukan tingkah laku orang timur yang tidak patut dicontohi manusia. Oleh itu bersikap positif terhadap perkara yang baik dan buruk baik dari timur atau barat seharusnya menjadi landasan dan pegangan remaja.

Rasa ingin tahu yang diisi dengan maklumat, ilmu dan pengalaman yang benar dan betul boleh meningkatkan kefahaman remaja terhadap sesuatu perkara.

Rasa ingin tahu yang diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran menjadikan remaja manusia yang memahami. Memahami sesuatu bahasa, ilmu, fakta dan data membantu mematangkan fikiran.

Yang selalu berlaku adalah rasa ingin tahu yang tinggi tidak disalurkan menerusi proses pembelajaran yang betul menyebabkan remaja menjadi tidak faham.

Misalnya, remaja adalah golongan yang suka berhibur. Akibat tidak faham akan makna hiburan menyebabkan mereka selalu terjebak dengan hiburan yang merosakkan. Sedangkan hiburan yang positif tidak dilarang oleh agama.

Dalam berhibur, pertimbangan baik buruk haruslah diambil kira. Jika tidak syaitan dan iblis akan campur tangan. Apabila remaja mempunyai pertimbangan dan pedoman, ia tahu memilih, tahu akibatnya dan tahu dosa pahala.

Contohnya, remaja amat suka kepada lagu dan muzik. Pedoman dalam Islam adalah dengarlah lagu dan muzik yang mempunyai tujuan atau risalah.

Maksudnya, hiburan dalam pengertian lirik dan kata-kata yang dilagukan membawa makna ke arah keinsafan dan kebaikan. Iringan muziknya tidak merangsang nafsu-nafsi dan memberi rasa keindahan yang tinggi dan mendekatkan diri kepada Allah.

Melalui pemikiran yang positif, kita akan berasa seronok kerana di samping terhibur kita tidak hilang kawalan diri, malah dengan terhibur meningkatkan kesedaran kita tentang kebaikan dan arah tujuan dalam hidup.

Di tahap remaja ingin tahu dan cuba memahami, remaja sebenarnya ingin memahami makna akan sesuatu. Memahami makna bererti mengetahui hakikat kejadian peristiwa dan juga sesuatu pegangan.

Ada remaja yang faham akan sesuatu tetapi tidak bertemu makna akan sesuatu. Contohnya remaja tahu akan pentingnya akan pergaulan yang terkawal antara lelaki dan perempuan tetapi disebabkan kefahaman yang tidak mendalam terhadap batas larangan itu dan hukum syarak menyebabkan remaja sering melanggar hukum hakam.

Akhirnya sebahagian remaja yang kurang kawalan iman terjebak dengan tabiat buruk dan hilang makna dalam kehidupan. Tidak dinafikan bahawa persekitaran dan ruang didikan sekeliling sangat penting dalam membentuk sikap dan pemikiran positif dalam diri remaja.

Pengalaman penulis yang bertemu bual dengan beberapa orang remaja semasa kerja-kerja amal tuisyen kepada penduduk setempat beberapa tahun lalu memberi keinsafan bahawa ramai remaja kini ketandusan jiwa.

Mereka tidak memahami akan matlamat dan erti kehidupan di dunia ini. Justeru tidak hairanlah ramai yang lebih gemar bersuka-suka daripada memikirkan tanggungjawab yang semakin bertambah.

Sikap keterbukaan remaja dalam meluahkan perasaan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka merasai diri mereka tersisih dan kurang mendapat perhatian dan bimbingan.

Ada antaranya yang cuba memahami akan makna kehidupan dengan cuba belajar bersungguh-sungguh dan menggapai impian, tetapi malangnya tidak dipedulikan oleh ibu bapa yang sibuk mencari rezeki.

Malah ada yang bertemu mengadu dijaga oleh datuk dan nenek, sedangkan duduk serumah dengan ibu bapa. Belum lagi disentuh hal-hal seperti perangai ibu bapa yang suka mendera, minum arak, menghisap dadah, selalu bergaduh dan sebagainya.

Agak menyedihkan apabila remaja yang sedang meningkat dewasa terpaksa melalui peringkat-peringkat kehidupan seperti ini. Ia bakal menyebabkan anak itu membesar dengan pelbagai andaian negatif dan prasangka bahawa untuk apa kejayaan dicapai sekiranya tidak dihargai oleh ibu bapa sendiri.

Selain itu, ia bakal membentuk watak remaja yang degil dan suka memberontak. Mereka mungkin faham bahawa belajar itu penting, tetapi tidak menghayati akan makna mencari ilmu itu sendiri adalah untuk kepentingan mereka di dunia dan akhirat. Lalu tanggungjawab mencari ilmu diambil mudah ditambah pula masalah keliling yang membelenggu dan mengekang pemikiran positif.

Ada remaja yang merasakan mereka tenang dan positif apabila bersama rakan-rakan. Walhal mereka sedang melakukan perkara-perkara yang kurang elok seperti melepak, ponteng sekolah, menghisap rokok dan sebagainya.

Tanggapan seperti ini menjadikan remaja menganggap perkara yang positif adalah sesuatu yang boleh menjanjikan keseronokan semata-mata dan boleh memuaskan perasaan walaupun ia bertentangan dengan hukum, nilai, etika mahupun undang-undang.

Oleh itu, pemikiran positif sewajarnya menjadikan kita lebih aktif dan proaktif. Sesuatu maklumat yang kita terima berkemungkinan boleh mendatangkan manfaat dan juga mudarat. Dengan sikap positif yang ada kepada kita seharusnya menjadikan kita orang yang suka mengambil tahu, membuat penyelidikan dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.

Pemikiran positif bukan bermaksud kita menerima semua maklumat atau membuat pelbagai andaian untuk mempositifkan sesuatu keadaan yang nampak negatif tanpa terlebih dahulu membuat penyelidikan dan analisis.

Kita sering kali boleh ditipu jika semata-mata bersikap baik sangka tanpa menggunakan pemikiran yang analitik dan kritis.

Oleh itu remaja harus dididik agar tidak bersikap 'main hentam saja' asalkan sesuatu perkara itu nampaknya menguntungkan dan akhirnya mereka mempelajari bahawa sikap mereka yang terlalu berbaik sangka telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan atau mempunyai niat-niat tertentu.

Kesimpulan

Dalam konteks kehidupan remaja Islam masa kini, cabaran terhadap kerohanian dan keimanan adalah terlalu mencabar. Pemikiran yang cetek dan kurang matang menyebabkan mereka gagal mengawal noda dan dosa.

Menjadi positif tidak bermakna menerima sesuatu bulat-bulat tanpa usul periksa. Sebaliknya, ia menggalakkan remaja supaya berlapang dada dalam mencari sesuatu maklumat dan bersedia menerima kebenaran.

Apabila proses rasa ingin tahu dan mengetahui remaja dikayakan dengan proses pembelajaran yang betul, ia bakal menghasilkan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Seterusnya memungkinkan remaja itu dewasa dengan ilmu dan pemikiran yang seimbang.
Continue Reading...

08 March 2010

Hargai..............

Hargai ibu bapa
Selalu telefon apabila bejauhan.
Jangan lupa kirim wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja ).
Beri hadiah pada hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir).
Cium tangan ibu bapa.
Apabila sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana mereka rindu untuk bertemu cucu.
Minta pandangan mereka dalam menyelesalkan masalah.
Pulang apabila mereka sakit.

Hargai suami
Selalu berikan senyuman.
Berhias untuk suami.
Masak masakan kegemaran.
Minta pandangan suami jika ada masalah.
Selalu urut suami.
Menjaga maruah suami.
Puji suami di depan keluarga atau orang lain.
Beri hadiah hari jadi.
Pandai mengambil hati.
Selalu memberi sokongan apabila suami ada masalah.
Membina hubungan baik dengan keluarga suami.
Minta izin suami sebelum buat sesuatu.
Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

Hargai isteri
Ingat tarikh penting bersama isteri (ulang tahun perkahwinan, hari lahir).
Ingat tarikh lahir anak.
Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ungkapkan kata cinta sebelum tidur.
Selalu beri pelukan dan kucupan.
Membina hubungan baik dengan keluarga isteri.
Ucapkan terima kasih apabila bersama.
Selalu memberikan kejutan menggembirakan.
Selalu berpenampilan segak (isteri dipuji apabila suami bagus).
Memberikan kemaafan.
Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Puji isteri depan anak dan keluarga.
Berikan hadiah apabila isteri melahirkan anak.


Hargai anak
Selalu memberi pujian ikhlas.
Galak anak melakukan yang terbaik.
Beri hadiah atas kejayaan anak walaupun kejayaan kecil
Selalu beri pelukan.

Dipetik daripada: Seribu Warna Pelangi
Continue Reading...

07 March 2010

Hikmah di sebalik gagal

TIDAK dapat dinafikan, kegagalan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil daripadanya boleh menyebabkan seseorang sangat terganggu fizikal, mental, malah juga spiritual.

Daripada sudut mental, selain menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, ada kalanya ramai juga akan mengutuk diri sendiri atas kegagalan yang menimpa.

Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa kepada putus asa.

Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang, diri akan terus menjauhi masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.

Daripada sudut fizikal, bagi segelintir individu, selera menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikalnya.

Akhirnya, tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot. Kesudahannya, kedua-duanya rebah dan sukar bangkit kembali.

Daripada sudut spiritual pula, kegagalan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada’ dan qadar Allah SWT. Imannya tergoncang.


Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah SWT ketika menghadapi sesuatu kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh daripada sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal, sukar dirawati.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi sebab seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kembali kepada jalan lurus selepas bengkok lalu dia kembali bangkit dengan azam, rancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

KEGAGALAN DAN SAYA Saya pernah gagal dalam banyak perkara, namun syukur kerana ia tanda kita perlu membuat perubahan yang besar bagi memperbetulkannya.

Tanpa usaha itu, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya, satu perubahan itu sangat perit dan berat lagi kurang selesa.

Walau sukar dan berat, ia satu kemestian. Hasilnya, apabila tepat cara pengendalian kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil lebih baik.

Tatkala itu baru kita sedari, rupa-rupanya kegagalan itu adalah satu titik kepada penyambungan titik lain dalam kehidupan kita.

Ia seperti satu simpang yang menjauhkan kita daripada kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa depan.

Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Timur Tengah.

Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah untuk saya belajar di Universiti Malaya (UM), segala pengalaman yang diperoleh itu banyak mencorak kehidupan saya selepas itu.

Akhirnya, selepas tiga tahun menamatkan pengajian di UM, saya berjaya ke Jordan, bukan untuk peringkat Sarjana Muda tetapi Sarjana.

Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar hikmah dan kebaikan daripadanya, namun ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah SWT sudah mengingatkan: “Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan.” Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini kegagalan itu adalah satu proses yang perlu ditangani secara positif.

Ia ibarat satu konflik yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif bagi mencari jalan keluar.

Tanpa disedari, rupa-rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

UCAPAN STEVE JOBS YANG HEBAT Ketika saya menulis ini, saya sangat kagum dengan tips dan nasihat Steve Jobs, Pegawai Eksekutif syarikat ternama dunia, Apple dan Pixar. Pengasas iPhone, iPod juga iPad.


Jobs menceritakan bagaimana beliau gagal di universiti yang akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, satu revolusi dalam dunia komputer, malah ia adalah idea yang kemudian ditiru oleh Bill Gates, pengasas Microsoft, dengan sedikit perubahan.

Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat menolaknya keluar dari syarikat berkenaan.

Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi ‘Toy Story’ yang sungguh popular.

Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Story mungkin belum pasti bila akan wujud.

Selain itu, pelbagai nasihat lain diberi oleh Jobs dalam ucapannya, termasuk memastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta juga minat.

Tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat itu mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.

Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perasaan ‘berasa akan mati’ memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan.

Jobs berkata: “Mengingati yang saya akan mati tidak lama lagi adalah alat utama yang saya tidak pernah temui untuk membantu saya membuat keputusan penting dalam kehidupan.

“Ini kerana, hampir keseluruhan kepelbagaian perasaan luaran akan hilang di ambang kematian, yang tinggal hanya perkara paling penting.

“Mengingati anda akan mati adalah cara yang saya tahu paling baik untuk mengelak diri anda terperangkap dalam pemikiran anda akan kehilangan sesuatu,” katanya.

Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah SAW untuk diterapkan kepada umatnya supaya berusaha berfikir sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang tidak penting serta kurang penting.

Bagi umat Islam, yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Jangan menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.

Benar, apa saja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI. Kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakukan segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari tetapi apabila ia datang, ia tanda satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada satu zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah SWT.

Continue Reading...
 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template