20 May 2012

Jangan...Tapi

Jangan Menunggu Boleh baru lakukan!  Tapi Lakukanlah!!! Anda Pasti Boleh!!! Jangan menunggu bahagia baru tersenyum. Tapi tersenyumlah, maka anda semakin bahagia Jangan menunggu kaya baru bersedekah. Tapi bersedekahlah, maka anda semakin kaya Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah. Tapi menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu Jangan menunggu dimotivasi baru bergerak. Tapi bergeraklah, maka anda akan termotivasi Jangan menunggu dipedulikan...
Continue Reading...

27 January 2012

Salah guna teknologi terkini boleh rosakkan pemikiran, gaya hidup dan maruah

PENGHUJUNG zaman sering diperkatakan dengan kedatangan fitnah sama ada besar atau kecil, ianya cukup berbahaya menggugat keharmonian umat Islam. Dalam perhubungan seharian membabitkan tutur kata berbentuk percakapan, bisikan, gurauan, sindiran, kiasan dan bermacam lagi. Semua mesti ditekankan aspek penyaringan daripada terdapat unsur fitnah, tohmahan, umpatan, hinaan ataupun kejian. Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita...
Continue Reading...

07 January 2012

Mencari redha ibu, ayah

Ibu bapa merupakan pemimpin dalam kehidupan sesebuah keluarga. Bapa sebagai ketua keluarga, manakala ibu sebagai pembantunya. Kedua-dua mereka saling bekerjasama demi kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga. Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud, “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya....
Continue Reading...

29 December 2011

Apakah Kita Telah Kehilangan Rasa Hormat Pada Undang-Undang & Diri Sendiri

SEJAK sekian lamanya saya berpeluang untuk memerhatikan gelagat dan sikap masyarakat kita sama ada ketika mereka sedang berada di jalan raya atau di tempat awam. Kesimpulan yang boleh saya lakukan hasil daripada pemerhatian umum itu ialah, saya dapati tanpa disiplin, rasa hormat kepada undang-undang, rasa bertimbang rasa kepada orang lain, semuanya itu akan membawa kepada kemusnahanan polar hidup bermasyarakat. Maka saya pun tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya yang dipelajari oleh generasi...
Continue Reading...

25 December 2011

BlackBerry, i-Phone, i-Pad, e-reader atau tetap buku bercetak?

Di dunia Barat, muncul kebimbangan bahawa minat membaca semakin berkurangan lantaran adanya pelbagai peranti yang menjadi alat bagi penyampaian maklumat. Melalui Internet, seseorang boleh memperoleh apa jua maklumat yang disalurkan bukan saja melalui komputer peribadi (PC) atau komputer riba (laptop) tetapi juga telefon pintar (smartphone), yang dua jenama sedang menguasai pasaran iaitu BlackBerry dan i-phone. Telefon pintar merupakan alat yang akan mengubah cara manusia berkomunikasi dan seterusnya...
Continue Reading...

10 December 2011

Bila waktu berhenti berdetik...

BAYANGKAN saat-saat akhir tatkala seorang pelajar diminta meletakkan penanya dalam suatu peperiksaan penting. Ketika itu, masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan-soalan telah tamat. Apa pun yang telah termaktub di atas kertas jawapan tidak boleh lagi diubah-ubah dan bakal menjadi suatu manifestasi sejauh mana jerih-perih dan usaha bersungguh-sungguh yang telah disemai sekian lama membuahkan hasil yang didambakan atau sebaliknya. Ia laksana suatu timbang tara dan juga jawapan kepada pengharapan...
Continue Reading...

28 November 2011

Mencari keberkatan masa

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Sama ada hari pertama Januari ataupun Muharam, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru. Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru.Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkan sasaran, perancangan dan idaman. Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun...
Continue Reading...
 

Rencam

.

Zikir

i love malaysia

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template