19 May 2009

Pepriksaan PTK

Sekali lagi guru-guru akan menduduki peperiksaan PTK kali kedua pada tahun ini. Pada tahun ini terdapat format baru . Bagi calon - calon DG44 yang telah menduduki peperiksaan pd bulan Mac yang lalu dan ,mendapat keputusan 3,3 mereka boleh menduduki peperiksaan pada bulan Ogos ini sekali lagi namun jika keputusan masih lagi tidak cemerlang maka calon tersebut tidak dibenarkan untuk mengambilpeperiksaan lagi. Bagi calon yang mendapat keputusan 3,2/1,calon tersebut boleh mengambil peperiksaan sekali lagi untuk gred 3 itu sahaja dan akan pergi kursus untuk gred 2/1 selama tiga hari.
Bagi mereka yang gred 17/22/DGA29/DGA32/DG41 yang mendapat aras 3 boleh ambil peperiksaan sekali lagi .Bagi mereka yang mendapat aras 1/2 tidak layak menduduki peperiksaan pada bulan Ogos ini tetapi layak menduduki peperiksaan pada bulan Okt.
Nampaknya rakan -rakan yang cuba mengelak dari mengikuti kursus terpaksa jugalah menempuh ranjau ini walaupun perit.Saya doakan semua rakan guru akan mendapat kejayaan yang cemerlang seperti yang diidamkan.
Continue Reading...

31 December 2008

Selamat Tahun baru

Mesyuarat guru telah pun berjaya diadakan buat pertama kali di dewan Sri Panglima akibat pertambahan warga SMKTPG .Mesyuarat berjalan lancar dan tahniah juga kepada rakan yang terpilih unutk menerajui kelab guru bagi sesi 2009-2011.Selamat tahun baru kepada semua rakan guru dan semoga tahun ini ialah tahun yang akan memberi kejayaan kepada kita semua terutama dalam bidang perguruan serta kita sama-sama berganding bahu memajukan sekolah bersama pentadbir kita yang sentiasa bekerja keras ka arah kecemerlangan.
Continue Reading...

04 December 2008

Peperiksaan tamat

Hari ini maka merdekalah pelajar-pelajar T5&T6 daripada penyeksaan tekanan akademik setelah selesainya peperiksaan SPM & STPM. Selepas mereka perlulah memikirkan apakah langkah seterusnya dalam menghadapi hari muka mereka.Guru-guru nampaknya telah pun bebas untuk seketika untuk memikirkan hal mereka ini,namun tahun depan kita sekali lagi akan dihidangkan dengan lagu dan irama yang sama oleh pelajar kita. Oleh itu ,rakan guru semua bercutilah dengan sepuasnya agar tahun depan akan kita hadapi dengan lebih tabah dan bijak.
Continue Reading...

19 November 2008

PPSMI

Isu PPSMI sekali menjadi hangat diperkatakan oleh ahli cendiakawan,ahli politik. NGO dan sesiapa yang merasa mereka ada suara dan mendapat perhatian. Sekali lagi ,guru dan pelajar juga yang menjadi mangsa akan mereka yang rakus untuk menunjukkan kuasa .Kita rasa kadang kala dunia pendidikan ini menjadi pentas untuk mereka yang berkuasa mencuba ketajaman kuku dan taring mereka. Sebenarnya bagi kita guru sudah tentu tahu sejauh mana kemampuan pelajar kita dalam mata pelajaran ini di sekolah. Jika ia diteruskan maka yang jadi mangsa ialah pelajar yang sederhana tahap mereka. Mereka akan terus ketinggalan dan akhirnya mereka akan bosan untuk belajar . Natijahnya kegagalan mereka akan terletak pada bahu guru lagi.Oleh itu,saya menyokong agar mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu.
Continue Reading...

17 November 2008

Aktiviti masa cuti

Cuti pun bermula,anak mulalah boring,dan saya mengawas peperiksaan STPM ,jadi tidak dalpatlah bergerak kemana-mana.Mengawas hanya hanya 5 orang calon sahaja,bosan sekali tapi relak saja. Bagi rakan guru mungkin ada yang dah sampai kampung agaknya atau telah bersantai bersama keluarga di destinasi yang dipilih. Cikgu Ruzi pula nampaknya berfun farelah dia dan keluarga. Cikgu Din duduklah kat rumah tunggu isteri balik kerja.
Continue Reading...

13 November 2008

Hari Kecemerlangan anak

Hari ini saya menghadiri hari kecemerlangan SKBB pada pagi dan SRABB pada petangnya. Seronok dan bangga apabila melihat anak saya ialah salah seorang daripada mereka yang cemerlang dalam akademik. Gembira anak-anak apabila mendapat hadiah walaupun sebenarnya anak saya tidak tahu tentang persaingan dalam merebut tempat yang terbaik di dalam kelasnya. Dia berusaha kerana saya telah menjanjikan hadiah untuk pergi ke Genting Highland sekiranya dia mendapat tempat pertama. Saya ingin berkongsi perasaan gembira dengan ibu bapa yang anak mereka berjaya. Perasaan itulah yang ingin dirasai oleh semua ibu bapa,namun ia hanya akan termakbul jika kita sentiasa memberi perhatian dan dorongan serta tujuk ajar yang tidak putus-putus sepanjang pembelajaran anak-anak kita. Harapan saya agar anak saya akan terus mengekalkan prestasi cemerlangnya ini hingga dia dewasa.
Continue Reading...

11 November 2008

PTK

Pendaftaran PTK guru telah berjaya dijalankan ,namun masalah yang kerap kali timbul ialah guru-guru masih lambat menghantar borang dan kemudian pula tidak menandatangani rumusan kertas peperiksaan yang mereka ambil. Semakan rumusan itu amat penting itu guru buat semakan agar kertas yang mereka ambil itu betul pilihannya. Keadaan ini saya alami selalu dan nampaknya tiada perubahan daripada rakan guru. Oleh itu,jika ada sebarang kesilapan semasa pilihan kertas nanti tolong jangan salahkan saya.Pada guru yang sentiasa perihatin dan memberi kerjasama yang baik saya ucapkan ribuan terima kasih

Selamat menjawab soalan PTK dan mencapai sasaran yang diimpikan.
Continue Reading...
 

Rencam

.

Zikir

i love malaysia

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template