30 October 2008

Kuasa Merotan

Ramai pelajar yang menarik nafas lega apabila Kementerian Pelajaran baru-baru ini mengekalkan arahan supaya sekolah tidak melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai seperti terkandung dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil 7/2003:Kuasa Guru Merotan Murid.Hukuman berkenaan jika dilakukan dikhalayak ramai dikatakan boleh menjatuhkan maruah dan menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seseorang murid itu.Keputusan yang telah dicanangkan ini bukan pelajar saja yang...
Continue Reading...

28 October 2008

Sambutan Hari raya Mega SMKTPG

Aidil fitri bakal mengucapkan selamat tinggal kepada umat Islam beberapa hari saja lagi,namun sisa yang tinggal ini merancakkan lagi orang mengadakan rumah terbuka ,Cuti Deepavali dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan berkunjung ke rumah mereka.Apapun ,hari raya disambut sebulan ,jadi tidak salah jika masih meraikannya. Kami warga SMKTPG juga tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan hari raya ini pada 1 November. Tarikh ini nampaknya telah melepasi bulan Syawal...
Continue Reading...

26 October 2008

Cita-cita

Semua insan di dunia ini ada menyimpan cita-cita.Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kesukaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita.Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi. Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah. Orang yang mudah...
Continue Reading...

25 October 2008

Makanan

Kita janganlah makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan dan minum yang terlalu itu akan merosakkan diri dan pemikiran . Janganlah pula kita menelan terus makanan kerana manisnya dan janganlah pula kita memuntahkan sesuatu makanan kerana pahitnya,kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan yang pahit itu belumtentu mendatangkan...
Continue Reading...

23 October 2008

Wanita dalam kehidupan

Wanita sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang yang bernama lelaki.......Kata Pujangga perempuan bagaikan angin,Lembut melenakan,Ributnya menggusarkanAdakalanya mereka seperti ibu,menyaji kasih,menghidang sayang,Adakalanya mereka seperti anak,ingin dibelai,minta dimanjakan,adakalanya mereka seperti nenek,berleter seadanya,merungut semahunya.Namun...
Continue Reading...

22 October 2008

Guru

Guru ialah pendandan iman ,penjana taqwa,pengubah hemah,penjalin disiplin,penyumbi budi,perapi pekerti,pembacuh roh,pemateri peribadi,pengukir daya fikir ,penyolek intelek,pencanai perangai,pemintal amal,penyala daya cipta,perona rupa,pengolah tingkah,pemahat semangat,pemilin yakin,pelentur tutur,pembaja cita-cita.pengarca bahasa,penyusun santun,penggilap bakat.......Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu ,namun demikian pelajarlah yang membuka...
Continue Reading...

Mutiara Kata

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka). Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim...
Continue Reading...

21 October 2008

Hati

Penyakit berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.Pertanyaan paling berharga dan bernilai bagi seorang manusia ialah,"Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini ? Mengapa?Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan . Hidup ini tidak bermakna tanpa hati...
Continue Reading...

19 October 2008

TIADA AIR

Dugaan Tuhan ,paip utama pecah akibat aktiviti mengambil pasir. Bagi menyelenggarakan paip tersebut K.Langat putus bekalan air termasuklah Taman Kemuning.2 hari ketiadaan air,mandi,masak,buang air besar atau kecil semuanya tidak selesa.SYABAS bekalkan air 4 jam sekali itu pun tidak cukup untuk menampung penduduk disini. Nasib baik hari Ahad tengah...
Continue Reading...

15 October 2008

Harga Minyak , PMR dan Jamuan Raya

Rabu- Rakyat Malaysia sekali lagi mendapat berita gembira tentang penurunan harga minyak yang turun beberapa sen. Kita berasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga minyak tetapi kita masih dibelenggu dengan harga barang yang terus kekal diparas yang tinggi serta tambahan kenaikan harga barang keperluan harian. Oleh itu ,penurunan harga minyak ini tidaklah banyak membantu kita mengurangkan bebanan kewangan.Hari ini calon PMR masih meneruskan perjuangan mereka dalam menjawab...
Continue Reading...

14 October 2008

Aktiviti Hari ini

Selasa- Peperiksaan PMR masuk hari kedua ,peperiksaan berjalan lancar.Beberapa pelajar calon PMR(BB034) buat perangai dengan menendang pintu stor di bilik 3J.Pelajar India telah ditangkap kerana kurang ajar dengan guru dan telah pun diberi hukuman . Aktiviti memantau diteruskan di tempat biasa.Rakan guru ada yang menyiapkan blog yang terbengkalai dan ada yang sudah siap.Syabas pada rakan yang telah menyiapkan blog an...
Continue Reading...

13 October 2008

Hari Pertama PMR

Isnin- Bermulanya PMR diseluruh negara hari ini,keadaan ini termasuklah di SMKTPG.Saya ,Ruzi dan Rohana telah diberi tugas untuk mengendalikan perhimpunan bagi calon-calon ini.Situasi yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu sikap lewa pelajar yang sengaja tertinggal KP dan slip peperiksaan .Cuma tahun ini pihak sekolah yang telah muak...
Continue Reading...

10 October 2008

BARAAN

Esok ,Sabtu -Rumah Terbuka.KhairuddinAwalludinUst KadisMantan Pengetua(Pn.Adillah)Jemputlah hadir ,puasa enam tangguhkan .meriahkan rumah terbuka mere...
Continue Reading...

PEPERIKSAAN PMR

Hari Isnin akan bermulanya peperiksaan PMR,bagi rakan guru yang telah terkena menjadi pengawas semoga bersabar dengan kerenah Ketua Pengawas dan calon-calon PMR,tahniah kerana telah ditambah elaun pengawasan dan insentif lain yang lumayan jumlahnya. Bagi pelajar-pelajar SMKTPG semoga anda semua memuntahkan segala ilmu yang telah dipelajari dan bagi...
Continue Reading...
 

Rencam

.

Zikir

i love malaysia

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template