30 October 2008

Kuasa Merotan

Ramai pelajar yang menarik nafas lega apabila Kementerian Pelajaran baru-baru ini mengekalkan arahan supaya sekolah tidak melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai seperti terkandung dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil 7/2003:Kuasa Guru Merotan Murid.Hukuman berkenaan jika dilakukan dikhalayak ramai dikatakan boleh menjatuhkan maruah dan menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seseorang murid itu.Keputusan yang telah dicanangkan ini bukan pelajar saja yang gembira tetapi mungkin juga ibu bapa yang lebih teruja dengan keputusan itu.Hari ini,ibu bapa yang dilihat berlagak lebih sudu daripada kuah.Anak dirotan guru terus buat laporan polis.Ada kesan ditampar atau cedera sedikit media dicari.Ringkasnya kanak-kanak hari ini tidak boleh disentuh. Namun,jika dilihat pelbagai kes membabitkan keganasan terhadap guru selain gejala sosial yang dilaporkan membabitkan kanak-kanak dan remaja ,mungkin kita perlu memikirkan kembali sama ada kita terlalu berlembut atau sebaliknya apabila berdepan dengan disiplin pelajar.
Continue Reading...

28 October 2008

Sambutan Hari raya Mega SMKTPG

Aidil fitri bakal mengucapkan selamat tinggal kepada umat Islam beberapa hari saja lagi,namun sisa yang tinggal ini merancakkan lagi orang mengadakan rumah terbuka ,Cuti Deepavali dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan berkunjung ke rumah mereka.Apapun ,hari raya disambut sebulan ,jadi tidak salah jika masih meraikannya. Kami warga SMKTPG juga tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan hari raya ini pada 1 November. Tarikh ini nampaknya telah melepasi bulan Syawal namun itulah tarikh yang dapat melibatkan semua warga sekolah terlibat secara langsung kerana sebelum ini masing-masing sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Semoga rakan -rakan dapat meluangkan masa bersama meraikan Jamuan Raya SMKTPG ini ....
Continue Reading...

26 October 2008

Cita-cita

Semua insan di dunia ini ada menyimpan cita-cita.Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kesukaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita.Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi. Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah. Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan
Continue Reading...

25 October 2008

Makanan


Kita janganlah makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan dan minum yang terlalu itu akan merosakkan diri dan pemikiran . Janganlah pula kita menelan terus makanan kerana manisnya dan janganlah pula kita memuntahkan sesuatu makanan kerana pahitnya,kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan yang pahit itu belumtentu mendatangkan keburukan
Continue Reading...

23 October 2008

Wanita dalam kehidupan

Wanita sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang yang bernama lelaki.......

Kata Pujangga perempuan bagaikan angin,
Lembut melenakan,
Ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu,
menyaji kasih,menghidang sayang,
Adakalanya mereka seperti anak,
ingin dibelai,minta dimanjakan,
adakalanya mereka seperti nenek,
berleter seadanya,merungut semahunya.

Namun ,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini,
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka
Continue Reading...

22 October 2008

Guru

Guru ialah pendandan iman ,penjana taqwa,pengubah hemah,penjalin disiplin,penyumbi budi,perapi pekerti,pembacuh roh,pemateri peribadi,pengukir daya fikir ,penyolek intelek,pencanai perangai,pemintal amal,penyala daya cipta,perona rupa,pengolah tingkah,pemahat semangat,pemilin yakin,pelentur tutur,pembaja cita-cita.pengarca bahasa,penyusun santun,penggilap bakat.......

Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu ,namun demikian pelajarlah yang membukanya
Continue Reading...

Mutiara Kata

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.

Continue Reading...

21 October 2008

Hati

Penyakit berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.
Pertanyaan paling berharga dan bernilai bagi seorang manusia ialah,"Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini ? Mengapa?Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan . Hidup ini tidak bermakna tanpa hati yang hidup.

Renung-renungkanlah
" Carilah hatimu di tiga tempat .Pertama ketika membaca al-Quran,kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati.Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar iamemeberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati."
Continue Reading...

19 October 2008

TIADA AIR


Dugaan Tuhan ,paip utama pecah akibat aktiviti mengambil pasir. Bagi menyelenggarakan paip tersebut K.Langat putus bekalan air termasuklah Taman Kemuning.2 hari ketiadaan air,mandi,masak,buang air besar atau kecil semuanya tidak selesa.SYABAS bekalkan air 4 jam sekali itu pun tidak cukup untuk menampung penduduk disini. Nasib baik hari Ahad tengah hari keadaan pulih .Lega....
Continue Reading...

15 October 2008

Harga Minyak , PMR dan Jamuan Raya

Rabu- Rakyat Malaysia sekali lagi mendapat berita gembira tentang penurunan harga minyak yang turun beberapa sen. Kita berasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga minyak tetapi kita masih dibelenggu dengan harga barang yang terus kekal diparas yang tinggi serta tambahan kenaikan harga barang keperluan harian. Oleh itu ,penurunan harga minyak ini tidaklah banyak membantu kita mengurangkan bebanan kewangan.

Hari ini calon PMR masih meneruskan perjuangan mereka dalam menjawab kertas peperiksaan ,keadaan ini tidak terkecuali calon PMR SMKTPG. Sebilangan pelajar keluar minum di luar dan mereka tidak pula menggunakan jejantas.Seorang calon BB034 didapati menghisap rokok di dalam kelas 3J,keadaan ini akan mencemarkan nama baik sekolah dari pandangan guru sekolah lain.Sebagai guru yang sentiasa mementingkan disiplin pelajar ,kami meneruskan aktiviti memantau kegiatan pelajar di luar sekolah.
Sekolah akan mengadakan Jamuan Raya Mega pada 1.10.08 bertempat di dewan Sri Panglima pada 2.00 ptg.Guru-guru telah diminta menyediakan juadah yang berbagai-bagai jenis mengikut kumpulan yang telah diagihkan . Kami guru lelaki pagi telah diminta untuk menyediakan sate sebanyak 1,500 cucuk.Diharapkan guru-guru pagi dapat memberi kerjasama untuk menghulurkan sedikit wang gaji untuk penyediaan sate ini.
Continue Reading...

14 October 2008

Aktiviti Hari ini

Selasa- Peperiksaan PMR masuk hari kedua ,peperiksaan berjalan lancar.Beberapa pelajar calon PMR(BB034) buat perangai dengan menendang pintu stor di bilik 3J.Pelajar India telah ditangkap kerana kurang ajar dengan guru dan telah pun diberi hukuman . Aktiviti memantau diteruskan di tempat biasa.Rakan guru ada yang menyiapkan blog yang terbengkalai dan ada yang sudah siap.Syabas pada rakan yang telah menyiapkan blog anda.
Continue Reading...

13 October 2008

Hari Pertama PMR


Isnin- Bermulanya PMR diseluruh negara hari ini,keadaan ini termasuklah di SMKTPG.Saya ,Ruzi dan Rohana telah diberi tugas untuk mengendalikan perhimpunan bagi calon-calon ini.Situasi yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu sikap lewa pelajar yang sengaja tertinggal KP dan slip peperiksaan .Cuma tahun ini pihak sekolah yang telah muak dengan sikap pelajar ini telah mengenakan bayaran denda sebanyak RM2 bagi mereka yang tertinggal slip atau KP.Peperiksaan berjalan lancar , pelajar tidak hadir seramai 20 orang di pusat BB035.Seorang pelajar 3 Elite yang nampaknya tidak sihat tidak diasingkan walaupun diminta oleh pihak sekolah dan pelajar ini dapat meneruskan peperiksaan hingga tamat. Syabas atas semangat itu.Soalan BM1 agak sukar namun diharapkan pelajar dapat menjawab dengan baik.Soalan BM2 belum sempat di lihat. Kami membentuk pasukan sukarela untuk membuat pemantauan di luar sekolah sepanjang peperiksaan PMR .Tujuan kami untuk memastikan tiada pelajar yang terponteng sekolah di luar sana.
Continue Reading...

10 October 2008

BARAAN


Esok ,Sabtu -Rumah Terbuka.
Khairuddin
Awalludin
Ust Kadis
Mantan Pengetua(Pn.Adillah)

Jemputlah hadir ,puasa enam tangguhkan .meriahkan rumah terbuka mereka.
Continue Reading...

PEPERIKSAAN PMR


Hari Isnin akan bermulanya peperiksaan PMR,bagi rakan guru yang telah terkena menjadi pengawas semoga bersabar dengan kerenah Ketua Pengawas dan calon-calon PMR,tahniah kerana telah ditambah elaun pengawasan dan insentif lain yang lumayan jumlahnya. Bagi pelajar-pelajar SMKTPG semoga anda semua memuntahkan segala ilmu yang telah dipelajari dan bagi kami guru-guru berharap keputusan cemerlang yang akan kamu dapat.

DOA KAMI SENTIASA MENGIRINGIMU
Continue Reading...
 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template