19 November 2008

PPSMI

Isu PPSMI sekali menjadi hangat diperkatakan oleh ahli cendiakawan,ahli politik. NGO dan sesiapa yang merasa mereka ada suara dan mendapat perhatian. Sekali lagi ,guru dan pelajar juga yang menjadi mangsa akan mereka yang rakus untuk menunjukkan kuasa .Kita rasa kadang kala dunia pendidikan ini menjadi pentas untuk mereka yang berkuasa mencuba ketajaman kuku dan taring mereka. Sebenarnya bagi kita guru sudah tentu tahu sejauh mana kemampuan pelajar kita dalam mata pelajaran ini di sekolah. Jika ia diteruskan maka yang jadi mangsa ialah pelajar yang sederhana tahap mereka. Mereka akan terus ketinggalan dan akhirnya mereka akan bosan untuk belajar . Natijahnya kegagalan mereka akan terletak pada bahu guru lagi.Oleh itu,saya menyokong agar mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu.
Continue Reading...

17 November 2008

Aktiviti masa cuti

Cuti pun bermula,anak mulalah boring,dan saya mengawas peperiksaan STPM ,jadi tidak dalpatlah bergerak kemana-mana.Mengawas hanya hanya 5 orang calon sahaja,bosan sekali tapi relak saja. Bagi rakan guru mungkin ada yang dah sampai kampung agaknya atau telah bersantai bersama keluarga di destinasi yang dipilih. Cikgu Ruzi pula nampaknya berfun farelah dia dan keluarga. Cikgu Din duduklah kat rumah tunggu isteri balik kerja.
Continue Reading...

13 November 2008

Hari Kecemerlangan anak

Hari ini saya menghadiri hari kecemerlangan SKBB pada pagi dan SRABB pada petangnya. Seronok dan bangga apabila melihat anak saya ialah salah seorang daripada mereka yang cemerlang dalam akademik. Gembira anak-anak apabila mendapat hadiah walaupun sebenarnya anak saya tidak tahu tentang persaingan dalam merebut tempat yang terbaik di dalam kelasnya. Dia berusaha kerana saya telah menjanjikan hadiah untuk pergi ke Genting Highland sekiranya dia mendapat tempat pertama. Saya ingin berkongsi perasaan gembira dengan ibu bapa yang anak mereka berjaya. Perasaan itulah yang ingin dirasai oleh semua ibu bapa,namun ia hanya akan termakbul jika kita sentiasa memberi perhatian dan dorongan serta tujuk ajar yang tidak putus-putus sepanjang pembelajaran anak-anak kita. Harapan saya agar anak saya akan terus mengekalkan prestasi cemerlangnya ini hingga dia dewasa.
Continue Reading...

11 November 2008

PTK

Pendaftaran PTK guru telah berjaya dijalankan ,namun masalah yang kerap kali timbul ialah guru-guru masih lambat menghantar borang dan kemudian pula tidak menandatangani rumusan kertas peperiksaan yang mereka ambil. Semakan rumusan itu amat penting itu guru buat semakan agar kertas yang mereka ambil itu betul pilihannya. Keadaan ini saya alami selalu dan nampaknya tiada perubahan daripada rakan guru. Oleh itu,jika ada sebarang kesilapan semasa pilihan kertas nanti tolong jangan salahkan saya.Pada guru yang sentiasa perihatin dan memberi kerjasama yang baik saya ucapkan ribuan terima kasih

Selamat menjawab soalan PTK dan mencapai sasaran yang diimpikan.
Continue Reading...

09 November 2008

Prestasi

Taklimat prestasi akan saya hadiri esok (Isnin 10/11) di PPD Kuala Langat.Sekali lagi penilaian prestasi akan dijalankan oleh pihak pentadbir kita.Diharapkan kali ini penilaian akan lebih telus dan rakan guru yang mendapat markah layak tidak akan dipertikaikan pemilihan mereka. Sesungguhnya biarlah kali ini rakan guru senior yang belum lagi diiktiraf sumbangan mereka kepada sekolah diberi peluang untuk mendapat pengiktirafan itu. Saya mengucapkan tahniah pada mereka yang bakal menerima anugerah ini dan biarlah anugerah menjadi pemangkin kepada mereka untuk lebih bersemangat lagi menjalankan tanggungjawab yang diberi.
Continue Reading...

06 November 2008

Cuti Sekolah

Cuti sekolah akan bermula seminggu sahaja lagi. Rakan guru sedang sibuk menyiapkan tugas-tugas terakhir sebelum bercuti panjang. Pada masa cuti ini berbagai-bagai aktiviti telah dirancang oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka agar tidak bosan duduk dirumah. Rakan guru pula ada yang merancang untuk bercuti ,ada yang mencari duit poket dengan mengawas peperiksaan,walaupun ada antara mereka yang paksa rela menjalankan tugas ini.Selain itu ada juga yang akan balik kampung bersama anak-anak mereka.
Apapun sahaja pada rakan guru ,selamat bercuti ,bertugas dan kita jumpa lagi tahun hadapan dengan agenda baru, semangat baru dan azam baru untuk melahirkan anak - anak murid yang cemerlang dari segi akademik sahsiah dan kokurikulum.
Continue Reading...

04 November 2008

Peperiksaan PTK

Keputusan PTK telah pun diumumkan ,kepada rakan guru yang telah berjaya pada kali ini diucapkan tahniah dan selamat mendapat anjakan gaji.Pada rakan guru yang masih lagi gagal untuk mendapat keputusan yang baik cuba lagi dan jangan putus asa.Jadikan peperiksaan ini sebagai hobi tahunan.Pada mereka yang ingin meneruskan perjuangan bagi meningkatkan prestasi dan gaji maka sekali lagi kerajaan telah membuka semula pendaftaran bagi peperiksaan PTK untuk tahun 2009 bermula esok (5.11.2008). Saya sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mendaftarkan rakan -rakan yang masih lagi berminat dan tidak jemu untuk menduduki peperiksaan ini.
Borang akan di berikan kepada mereka yang layak dan tarikh menhantar borang pada hari Jumaat(7.11.2008 ). Calon diingatkan supaya menandatangani borang akuan setelah menyemak butir -butir dalam borang akuan tersebut betul. Calon yang gagal dan lambat menghantar borang pada tarikh yang ditetapkan akan gagal mengambil peperiksaan. Begitu juga bagi calon yang telah mendaftar tetapi gagal untuk mengambil peperiksaan kerana sebab-sebab tertentu boleh menghantar surat ke Majlis Peperiksaan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan. Calon yang gagal berbuat demikian akan dikenakan surcharge.
Continue Reading...

03 November 2008

Jamuan dan Guru

Jamuan Mega Guru-guru SMKTPG telah pun berjaya diadakan. komitmen rakan guru dalam menyediakan jamuan sama ada masak bersama kumpulan rakan ataupun hanya men'order 'dari tukang masak terkenal daerah atau kampung patut diberi pujian. Tahniah kepada rakan-rakan yang membawa anak isteri atau suami bagi menjayakan dan memeriahkan jamuan tersebut.Tetapi sayangnya masih terdapat rakan guru yang lain tidak mahu terlibat apabila ada aktiviti yang dijalankan di sekolah.Mereka akan menyediakan pelbagai alasan untuk tidak menghadiri aktiviti sekolah dan ini nampaknya seperti pelajar-pelajar kita yang sentiasa menyediakan alasan apabila tidak mahu hadir dalam aktivitiko kurikulum.Nampaknya peribahasa Guru kencing berdiri ,murid kencing berlari memang cocok di sekolah SMKTPG
Continue Reading...
 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template