04 November 2008

Peperiksaan PTK

Keputusan PTK telah pun diumumkan ,kepada rakan guru yang telah berjaya pada kali ini diucapkan tahniah dan selamat mendapat anjakan gaji.Pada rakan guru yang masih lagi gagal untuk mendapat keputusan yang baik cuba lagi dan jangan putus asa.Jadikan peperiksaan ini sebagai hobi tahunan.Pada mereka yang ingin meneruskan perjuangan bagi meningkatkan prestasi dan gaji maka sekali lagi kerajaan telah membuka semula pendaftaran bagi peperiksaan PTK untuk tahun 2009 bermula esok (5.11.2008). Saya sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mendaftarkan rakan -rakan yang masih lagi berminat dan tidak jemu untuk menduduki peperiksaan ini.
Borang akan di berikan kepada mereka yang layak dan tarikh menhantar borang pada hari Jumaat(7.11.2008 ). Calon diingatkan supaya menandatangani borang akuan setelah menyemak butir -butir dalam borang akuan tersebut betul. Calon yang gagal dan lambat menghantar borang pada tarikh yang ditetapkan akan gagal mengambil peperiksaan. Begitu juga bagi calon yang telah mendaftar tetapi gagal untuk mengambil peperiksaan kerana sebab-sebab tertentu boleh menghantar surat ke Majlis Peperiksaan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan. Calon yang gagal berbuat demikian akan dikenakan surcharge.

0 comments:

Post a Comment

 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template