03 November 2008

Jamuan dan Guru

Jamuan Mega Guru-guru SMKTPG telah pun berjaya diadakan. komitmen rakan guru dalam menyediakan jamuan sama ada masak bersama kumpulan rakan ataupun hanya men'order 'dari tukang masak terkenal daerah atau kampung patut diberi pujian. Tahniah kepada rakan-rakan yang membawa anak isteri atau suami bagi menjayakan dan memeriahkan jamuan tersebut.Tetapi sayangnya masih terdapat rakan guru yang lain tidak mahu terlibat apabila ada aktiviti yang dijalankan di sekolah.Mereka akan menyediakan pelbagai alasan untuk tidak menghadiri aktiviti sekolah dan ini nampaknya seperti pelajar-pelajar kita yang sentiasa menyediakan alasan apabila tidak mahu hadir dalam aktivitiko kurikulum.Nampaknya peribahasa Guru kencing berdiri ,murid kencing berlari memang cocok di sekolah SMKTPG

0 comments:

Post a Comment

 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template