13 November 2008

Hari Kecemerlangan anak

Hari ini saya menghadiri hari kecemerlangan SKBB pada pagi dan SRABB pada petangnya. Seronok dan bangga apabila melihat anak saya ialah salah seorang daripada mereka yang cemerlang dalam akademik. Gembira anak-anak apabila mendapat hadiah walaupun sebenarnya anak saya tidak tahu tentang persaingan dalam merebut tempat yang terbaik di dalam kelasnya. Dia berusaha kerana saya telah menjanjikan hadiah untuk pergi ke Genting Highland sekiranya dia mendapat tempat pertama. Saya ingin berkongsi perasaan gembira dengan ibu bapa yang anak mereka berjaya. Perasaan itulah yang ingin dirasai oleh semua ibu bapa,namun ia hanya akan termakbul jika kita sentiasa memberi perhatian dan dorongan serta tujuk ajar yang tidak putus-putus sepanjang pembelajaran anak-anak kita. Harapan saya agar anak saya akan terus mengekalkan prestasi cemerlangnya ini hingga dia dewasa.

4 comments:

Cikgu Nadarajan Thambu on November 14, 2008 at 10:45 AM said...

Tahniah Tuan Hamba...cuba berikan rahsia kejayaan Tuan hamba melalaui Blog ini...agar fakir dapat mengambil ikhtibar....

Khai2020 on November 14, 2008 at 4:29 PM said...

Syabas YM Raja. Tuan berjaya mendidik anak dengan jayanya....

Mohamad Ruzi on November 15, 2008 at 1:25 PM said...

Tahniah untuk anak pertiwi. Saya tumpang bangga dengan kejayaan anak cikgu.

nurul syahirah on September 4, 2009 at 5:47 PM said...

tahniah kepada anak cikgu saya :)
hehe,congrate to ur son.
nurul syahirah

Post a Comment

 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template