09 November 2008

Prestasi

Taklimat prestasi akan saya hadiri esok (Isnin 10/11) di PPD Kuala Langat.Sekali lagi penilaian prestasi akan dijalankan oleh pihak pentadbir kita.Diharapkan kali ini penilaian akan lebih telus dan rakan guru yang mendapat markah layak tidak akan dipertikaikan pemilihan mereka. Sesungguhnya biarlah kali ini rakan guru senior yang belum lagi diiktiraf sumbangan mereka kepada sekolah diberi peluang untuk mendapat pengiktirafan itu. Saya mengucapkan tahniah pada mereka yang bakal menerima anugerah ini dan biarlah anugerah menjadi pemangkin kepada mereka untuk lebih bersemangat lagi menjalankan tanggungjawab yang diberi.

0 comments:

Post a Comment

 

Anak pertiwi Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template